Saturday, October 17, 2015

Izinkan Aku Kembali...Aku Tak Tegar Di Sini

Assalamualaikum!
Hi!

I had a nightmare last night.
Dalam mimpi tu, aku nampak aku seolah-olah "dikuasai" makhluk halus.
Dalam mimpi tu, aku meronta-ronta, aku menjerit, seakan-akan ingin memohon dilepaskan.
Dan sampai satu ketika, aku menjerit "umi, abah, bawaklah yana balik".
Dalam mimpi tu jugak, tiba-tiba aku seolah-olah terlepas daripada cengkaman makhluk halus tersebut.
Dalam nafas yang termengah-mengah, aku menangis. Tapi tak ada siapa yang datang menenangkan aku.
Aku nampak suami aku, tapi dia seakan-akan tidak mahu mendekati aku.
Tiba-tiba ada satu suara berbisik, "Istighfar kakak..Istighfar..Allah ada dengan kakak".
Aku terkejut! Tu suara abah dan umi aku.
Aku paksa diri aku buka mata.!
Dalam ketakutan, aku buka mata.
Aku nampak anak aku tidur dengan memeluk Brownie kesayangannya.
Aku nampak suami aku juga tertidur dan entah apa mimpinya.
Arghhh!! Mimpi rupanya!


Dalam 20minit jugak aku duduk dan menenangkan diri sendiri.
Jam berapa aku pun tak tau, dan aku kembali terlena.
Kali ni, layar aku dibentangkan dengan insiden-insiden mulut-mulut pedas yang mempersendakan aku.
Aku nampak mimik muka mereka yang mengejek dan mentertawakan aku, tak kurang juga memperkecilkan aku dan disambut gelak ketawa yang lain.
Aku menangis lagi.
Aku dengar suara-suara itu.

"Tak boleh letak Yana, nanti **** marah"
"Yana, yang ko g berdiri belakang dia tu dah kenapa...adoiiilaaaa"
"Yana tu bukannya masuk dalam pun, biarlah dia pakai lain daripada yang lain pun"

Banyak lagi suara-suara tu, dan insiden terakhir bila mana tangan itu singgah di pipi aku.
Aku terjaga lagi.
Allahurabbi....
Aku tak kuat..
Aku tak boleh teruskan langkah ni..
Izinkan aku kembali ke tempat asalku..




Sekian~babai
I couldn't ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...