Saturday, September 12, 2015

Ujian Buat Tetamu Allah Di Tanah Suci

Assalamualaikum.

Aku bangun lambat hari ni. Lama dah aku tak rasa boleh bangun lambat sebegini. 
Aku terus capai fone, (rutin biasa semua orangkan..), lepas tu aku tengok dalam group ada yang share pasal kejadian crane yang jatuh dan menghempap jemaah haji kat sana. Subhanallah..MasyaAllah... 
Katanya crane tu jatuh sebab ada angin ribut di sana. Allhurabbi... betapa DIA nak menguji para jemaah yang menjadi tetamuNYA untuk tahun ini. 

Lepas settle breakfast, aku scroll NSTP Online punya shared post. Aku tengok dah ada list jemaah yang dijumpai cedera dan telah menerima rawatan. Tapi masih lagi ada jemaah yang tidak dijumpai. Tak tahulah kenapa, terus dada rasa macam sebu. Terbayang kalau yang diuji itu adalah umi dan abah aku. Mesti dalam hati rasa nak terbang ja melihat keadaan mereka kan. 


ihsan : NSTP Online
Rupanya pakcik yang first ni orang kampung aku!
Pakcik, semoga pakcik kuat dan dilindungi Allah selalu

Aku nak share sikit lah ye pasal input yang aku dengar dari Youtube dari penceramah hebat Ustaz Abdullah Khairi. Tajuk dia kalau tak silap aku, "Mati Dalam Ihram". 


Kata ustaz Abdullah Khairi, tak semua yang diberi nikmat untuk "pergi" di tanah suci, "pergi" dalam ihram. Ada sorang pakcik ni jumpa Ustaz Abdullah Khairi, katanya 
"Ustaz, saya teringin sangat nak meninggal di sini."
So, nasihat Ustaz Abdullah Khairi kepada pakcik ni ialah "Pakcik, tanah ini tanah yang doa akan dimakbulkan, pakcik teruskanlah berdoa pakcik,". 

Pakcik ni pun terus melakukan ibadat-ibadat seperti jemaah lain. Di satu tempat ini, pakcik ni selesai solat bersama isteri, lalu beliau terus mengangkat tangan dan berdoa, "Ya Allah, matikanlah aku dalam kain ihram ini..". Isteri pakcik ni terus menerus mengaminkan doa pakcik ni, tanpa mengetahui apakah yang pakcik ni doakan. Kebetulan Ustaz Abdullah Khairi duduk di sebelah pakcik ni. Ustaz agak hairan kenapa isteri pakcik ni dengan "rileknya" mengaminkan doa suaminya, dan ustaz juga turut mengaminkan doa pakcik ni. 

Kemudian, ketika semua jemaah nak masuk dalam masjidil haram untuk solat, tiba-tiba pakcik ni rebah di depan pintu. Ustaz Abdullah Khairi ada di situ, lalu terus dibisikkan kalimah "Allah" di telinga pakcik ni. Dan kemudian, pakcik ni terus dijemputNYA dengan berpakaian ihram dan bibir yang dibasahi zikrullah. Waktu nak pulang ke tanah air, isteri pakcik ni masih lagi mengalirkan air mata, apabila ditanya oleh ustaz, isteri pakcik ni menjawab "Ustaz, macam mana makcik tak sedih ustaz, datang kami berdua, tapi makcik kena pulang sendiri ustaz...." 

Memang sebak, namun kata Ustaz Abdullah Khairi, "Makcik, makcik patut berbangga, suami makcik akan dibangkitkan dengan pakaian ihram, dibangkitkan dengan para sahabat agung, tak semua kita bertuah dipanggil menghadapNYA di bumi bertuah ni makcik"
Termakan dengan kata-kata pujukan ustaz, makcik tersebut mengesat air mata dan tersenyum. 

Indahkan?
Walaupun tak ramai antara kita yang faham betapa "indahnya" meninggal di tanah suci. Tapi, itulah hakikatnya..
Aku pernah sembang dengan umi aku, masa tu topic kami ialah salah seorang pakcik dalam kampung kami meninggal ketika menunaikan umrah. Kata umi "seronoknya kakak...tapi tak ramai orang kita faham, bagi orang kita, bila meninggal mesti ada kubur untuk dilawati, tapi..kubur tu hanya dilawati waktu raya saja."

Aku sentap! Sebab dah lama aku ziarah kubur arwah wan aku, arwah tok ayah dan arwah nek aku. Tapi betul kata umi aku, bagi orang kita, ziarah kubur hanya di waktu raya, tapi kita lupa untuk mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Atau setiap kali teringatkan mereka. 


Untuk jemaah haji tahun ini yang diuji Allah, bersabarlah atas ujian Allah. InsyaAllah..akan ada sesuatu yang Allah janjikan buat kalian. Buat ahli keluarga jemaah, jangan pernah berhenti berdoa. Ahli keluarga anda adalah tetamu istimewa Allah, insyaAllah Allah akan lindungi dan pelihara semua jemaah di sana. 


*kalau korang nak dengar live punya pasal cerita "Mati dalam Ihram" by Ustaz Abdullah Khairi, silalah meng"youtube", boleh meleh air mata wehhh.. (ini pengalaman aku.)


Sekian, babai
I couldn't ask for more

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...