Saturday, September 5, 2015

Aku Kembali...Kerna Aku Sedar..Aku Perlu Kembali Menulis

Assalamualaikum..

Setelah lama aku menyepi, mendiamkan diri, membawa diri, aku rasa aku perlu kembali menulis. Dulu aku pernah bercita-cita nak jadi penulis. Masa aku sekolah rendah, umi aku selalu belikan akhbar sisipan untuk PMR, SPM dan STPM tu (entah apa nama dia, aku pun dah lupa), kat situ ada novel bersiri. Aku memang tak ingat sapa penulis, yang aku ingat melekat kukuh dalam kepala aku watak-watak dan jalan cerita.

Watak tu ada nama Syida (aku masih tak boleh nak buang nama ni walaupun aku dah lama move on), Akif (merangkap boyfriend) dan kawan-kawan yang aku dah tak berapa ingat nama. Diorang ni bikers kental, siap ada motor besar lagi time tu. So, sebelum diorang sambung belajar, diorang bertunang. Aku tak ingat ending. Aku rasa itulah endingnya. Aku siap potong sisipan tu and compilekan jadi bahan bacaan yang ulang baca sampai lunyai. Aku rasa compilation tu dah hancur lebur masa aku nak pindah rumah. 

Sekian cerita yang sikit kenapa aku rasa aku minat menulis. Hahah! (okk..mood aku dah sampai!).

Sebenarnya aku sekarang dah tak lagi ber"PJJ" dengan husband aku. Aku dapat tukar pertengah tahun 2015. Untuk pengetahuan korang yang bukan cikgu, (kot-kotlah nanti korang punya bakal pasangan tu cikgu), permohonan bertukar ni setahun ada dua kali, boleh isi masa bulan 4 dan bulan 9. Setelah beberapa tahun cuba apply, finally..aku dapat bagi sesi Jun 2015. 

Perasaan aku? 
Berbaur! Macam-macam yang aku fikirkan. 
Antara yang paling besar aku fikir ialah PENGASUH ANAK. 

Aku walaupun sendirian menjaga anak di Gerik, tapi Allah pinjamkan aku babysitter yang sangat loving, yang tak berkira dengan aku, dan treat anak aku dan aku macam ahli keluarga sendiri. Tambah pulak sekarang macam-macam kes penderaan kanak-kanak yang terpampang di dada fesbuk dan dada akhbar(dah lama aku tak baca akhbar), aku jadi takut. Sumpah aku takut. 

Dan yang keduanya, aku sayangkan apa yang aku ada sekarang. Aku dah punya rumah sendiri, walaupun tu bukan atas loan perumahan aku. Aku punya karier dan networking yang aku kira kukuh di Gerik. Yes! Of cosss aku terbayangkan macam mana aku nak mulakan something new in a new environment. 
Sampai kat sekolah baru, kena salam and senyum "saya Illiana, akak ni nak panggil apa ye?" Aku benci situasi macam tu. Sumpah! Walaupun ada yang nampak aku ni macam peramah gituuu, tapi tak kurang jugak yang cakap aku sombong. (ermmm...sebab tu dulu aku lone ranger kat maktab)




Tapi...nak tak nak..aku tetap kena teruskan langkah aku. Bak kata guru besar sekolah lama aku "dah kome mintak..dapatlah kan..." Okk.! Padan muka aku kan? 

Masuk sekolah baru, environment memang totally berbeza dengan sekolah lama aku. Aku tak ada kawan nak bersembang, nak luahkan perasaan. Tapi aku tau mungkin itu hanya bersifat sementara. Aku betul-betul rindukan kawan-kawan sekolah lama aku, yang aku boleh gelak terbahak-bahak, gossip tak hengat dunia dan macam-macam yang tak masuk akal aku buat. 

Mula-mula aku fight untuk ajar English, sebab kalau suruh aku ajar BM (even BM tu minor subjek aku), memang aku tak mampu daahh.. Sesat anak-anak bangsa nanti. Fight punya fight, aku kena amik alih kelas Tahun 6! Kelas depan sekali yang ada 17orang budak target. Bila aku dah mula amik alih kelas tu, aku nampak mata-mata sinis dan aku dengar suara-suara berbisik. Mungkin hairan kenapa aku diamanahkan untuk Tahun 6, sedangkan tarikh peperiksaan dijangkakan tak sampai 3 bulan! Okk! sebenarnya aku pun gelabah mak enon! 

Aku menangis lagi sekali! (Eh, tadi tak cakap pun aku menangis! Ye, aku menangis sejak dari malam aku dapat tau aku pindah sampai ke saat ini). I really need someone to talk to. Ditambah pulak dengan susahnya aku nak bercakap fone dengan umi aku, semua tu buatkan aku lagi sebak! Stress! Dan aku rasa semua tu menjadi punca aku mengalami sakit kepala yang dasyat selama 2 minggu! Badan aku rasa seram sejuk, panas, telinga aku pun berdengung, tak lalu makan. Aku jadi pemarah, aku jadi sensitif. Aku marahkan anak aku. Walaupun aku sedar semua tu bukan salah anak aku.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. 
Dia kurniakan aku sahabat lama, yang bertanya khabar melalui facebook messenger. Sahabat lama tu nasihatkan aku untuk direct mengadu denganNYA. Bangun solat malam, menangislah di tikar sejadah, doalah dengan sungguh-sungguh. Luahkan segala yang terbuku di hati.

Aku ikut saranan sahabat lamaku ini.
Aneh! 
Seakan-akan ada kuasa magis, usai aku melepaskan segala yang terbuku, aku letih! Dan terus terlena. Aku bangun keesokkan pagi dengan riak wajah seolah-olah pemiutang yang telah langsai segala hutang. Seolah-olah pesakit yang tersedar dari koma yang panjang. Allahu! Tiada kata-kata yang dapat aku gambarkan rasa itu. 

Aku meneruskan tugasan harian seperti biasa. Aku kembali melayani anak aku, (walaupun kadang2 masih ada tempias amarah dan kecewaku), aku tetap meneruskan langkah. 

Hingga kini....
Minggu depan akan bermulalah battle anak-anak sulong aku dengan UPSR. 
Aku mengharapkan ada sinar di penghujung derita ini. 


Ini aku! Bersama sebekas sandwich dan buku-buku.
Kelas bersama anak-anak sulongku di hujung minggu.
Sabtu dan Ahad aku taram, aku korbankan masa bersama anak aku sendiri.
Lillahi..Aku hanya nak yang terbaik buat anak-anak sulongku. 




Sampai sini dululah kot. Tak apa, aku rasa aku akan terus menulis dan mencoret. 

Sekian~babai
I couldn't ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...