Saturday, December 28, 2013

It's Always Easier Said Than Done

Assalamualaikum!

Tak lama lagi dah nak mula kerja baharu di tahun baharu. Aku dah dapat jadual, dapat tugas, dapat mandat dan segala-galanya. Aku cuma pohon hati yang kuat dan tabah untuk lalui hidup yang bakal mendatang.

Lately, ramai yang rasa sesak! Senak! Sebab semua benda naik.
Ayam! Sayur! Minyak! Tol! Rumah!
Ayat mudah..
Harga ayam naik, jangan makan ayam.
Harga sayur naik, jangan beli sayur, tanam sendiri.
Harga minyak naik, jangan pakai kereta, naik basikal, naik pengangkutan awam.
Harga tol naik, jangan lalu jalan ada tol.
Harga rumah naik, jangan beli rumah.

Fenomena ni buatkan semua orang rasa sesak! Baik yang bujang mahupun yang dah berkeluarga.
Yang bujang pening mana nak buat saving nak kawen.
Yang berumahtanggaa pening mana nak reduce supaya dapat tampung perbelanjaan sebulan.

Sorry to say la ye.. Aku bukan nak kutuk sesiapa atau salahkan sesiapa dalam hal ni.
Ni berdasarkan penelitian aku. Aku tengok kita sekarang ni termasuk kau aku dan keluarga masing-masing. Kita mampu beli kereta mahal-mahal like Honda City, Honda Civic, Hilux bagai, kita mampu pakai pakaian berjenama. Tapi masih belum mampu nak beli aset sama ada tanah atau rumah.
Sama macam kes aku sekarang, servis dah nak masuk tahun keempat, tapi aku masih belum mampu nak beli rumah sendiri. Sebab apa? Sebabnya perbelanjaan bulan-bulan lepas tolak itu ini, hanya cukup-cukup makan. Syukur alhamdulillah.. Nanti ada orang marah pulak aku tak reti syukur. Dahlah gaji cikgu banyak, cuti banyak, masuk keja pukul 7 balik pukul 1. Hohohohoh..

Nanti ada pulak yang condemn aku cakap aku kena kerja lebih kuat, buat part time, baru masuk income. takpe la weh..masing-masinglah punya percaturan untuk menentukan sesuatu yang terbaik dalam hidup. Sebab tu la orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak buat keputusan, tanggunglah padah! opppsss!

Beberapa minggu lepas, aku ada luahkan yang aku mengalami masalah rambut gugur yang sangat kronik. Lepas bersalin, aku rasa rambut aku rosak teruk! Dengan kusut, dengan gugur. Sekali kau urut rambut ala-ala pakai jari pun boleh tu, segenggam rambut gugur. Mana tak stress wehhh.. Lastly aku terpaksalah mengikut suggestion orang2 berpengalaman, potong dulu rambut bagi pendek, nanti hormon dah ok balik, jagalah balik rambut. And ada few suggestion yang cakap bila dah kawen ni sangat2 kena jaga kesihatan luar dan dalam. Aku tak pernah nafikan tu semua. Sapa yang tak nak cantik luar dalam kan.. Tapi kan, hanya orang yang dah lalui saja yang akan rasa. Sama macam masa aku mula-mula belajar nak jadi cikgu dulu. Lecturer aku pom pang pom pang ajar pasal teori itu ini, itu ini, lastly kena pakai teori sendiri jugak..sebab apa.? sebab apa yang kau lalui tak sama macam orang lain lalui. Tak payahla kau nak yakinkan orang dengan teori kau sangatkan..

Umi aku selalu pesan, jangan nasihatkan orang tak bertempat, sebab kita tak tau masa kita nasihat tu orang tu dalam mood yang macam mana. Kadang-kadang orang tu dalam mood yang sangat upset and tak boleh nak pikir +ve, and kadang-kadang orang tu tengah marah ke apa ke..So, it's always easier said than done! And lagi 1 umi aku pesan, kalau time tu kita tengah berbunga-bunga bahagia, jangan terlalu obses nak show off pada dunia. Sebab ada sesetengah orang akan menyampah. Dan seterusnya akan timbullah segala dengki khianat. Sama jugak kalau kita tengah sedih yang amattttt..sebab bila dah sedih, orang akan nasihat, tapi kita jenis yang tak boleh nak terima nasihat by that time, kan ke dah nak jadi gaduh namanya????

Sesetengah perkara elok dibiarkan rahsia dan tak didedahkan. Macam jugak perasaan dan hati kau yang rawan. Bila terluah, mungkin bertambah parah, maka..diam adalah lebih baik.

Apa yang aku dah carutkan ni....????
Okk, dah tak boleh terus sambung, nanti kang lagi banyak aku melalut.


Sekian~babai
I could not ask for more

1 comment:

Kelly Tanoto said...

www.indobet77.com

Master Agen Bola , Casino , Tangkas , Togel Terbesar
dan Terpercaya Pilihan Para Bettor

New Promo ( khusus produk 998bet )
- Bonus 100 % New Member sportsbook ( 998 bet ) .
- Bonus 100 % New Member Casino ( 998 bet ) .
( Syarat dan Ketentuan Berlaku )

Promo Terbaru :
- Bonus 10% New Member Sportsbook ( SBObet, IBCbet , AFB88 ,368bet , M8bet , 998bet )
- Bonus 5% New Member Casino Online ( 338a , 1Scasino , Asia8bet , CBO855 )
- Bonus 10% Setiap Hari Bola Tangkas ( TangkasNet , 368MM , 88 Tangkas )
- Togel Online ( Klik4D )
- Sabung Ayam ( New Produk )
- CASHBACK untuk Member
- BONUS REFERRAL 5% + 1% Seumur Hidup

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : indobet77_sb2@yahoo.com
- EMAIL : indobet77@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7238
- WECHAT : indobet77
- SMS CENTER : +63 905 213 7238
- PIN BB : 2B65A547 / 24CC5D0F

Salam Admin ,
http://indobet77.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...