Friday, September 27, 2013

Pengembaraan Bergelar Ibu Part II

Assalamualaikum.. 

Marilah menyambung journal yang belum ada penghabisan ni..haha! Nampak sangat aku malassss! Hahah! Dah jadi mak ni barulah aku tau nikmatnya masa rehat. *phewww*


standby siap! in case jadi apa, ubat akan terus masuk ikut drip ni.
Sakit! sebab makin lama, tangan aku makin bengkak, makin lebam

29/07/13
The next day, umi abah aku amik CRK, datang hospital awal-awal. Malangnya hospital ni tak boleh waris tunggu. So, terpaksalah abah umi aku melepak di bawah sampailah waktu melawat. Bila waktu melawat, umi aku naik tengok aku, sambil-sambil tanya nurse bila nak induce aku. Since masa tu jantung anak aku biasa saja (dalam keadaan tidur), so dia tak boleh induce aku, sebab kalau jantung dalam keadaan macam tu, ubat induce tu akan menyebabkan baby lemas dalam perut. So, since masih tak boleh induce, umi pun mintaklah nak bawak aku keluar. Dalam kepala dah plan, nak check in hospital metro, tapi lagi sekali tak boleh, sebab katanya aku kena kencing kotor and perlu dimonitor. 

Respon aku? Termenung~ 
no caption~


Umi abah tunggu aku sampai habis waktu melawat petang, then aku cakap kalau esok tak kena induce lagi, umi abah tak payahlah datang dulu. Aku sangat kesian dengan umi abah, bukannya boleh melepak kat atas pun, even lobi depan ward pun tak boleh! So, betterlah abah umi aku rest ja kat umah. Kalau dah kena induce nanti aku akan roger. Lagipun, si kenit aku tu kena tinggal dengan mak pengasuh, 11malam barulah abah umi aku fetch dia. Tak sampai hati pulak aku. 

30/07/13
Pagi 30hb ni, sebelum subuh, aku dah kena kejut untuk buat CTG nak tengok jantung baby. Kalau ok jantung baby, aku akan kena induce. Hampir sejam and hampir terlena jugak aku dibuatnya. Tapikan, masa buat CTG ni ibu tak digalakkan tidur, sebab kalau ibu tertidur, baby dalam perut pun akan ikut tidur. So, aku yang hampir tertidur ni cubalah jugak bersengkakng mata, sambil buat telepati dengan baby aku. 
Bila dah siap semua, aku dibenarkan balik ke katil. Nurse tu cakap 80% aku akan kena induce hari ni. So, aku pun cepat-cepat mandi, solat subuh + solat hajat. Manalah tau tu saat terakhir aku boleh solat. Aku mohon kekuatan supaya aku tenang sebab aku tau aku akan sendirian. Siap ja aku solat, ada doktor pelatih sampai nak amik darah + tekanan. And yes, aku akan diinduce pukul 7 nanti. 
Aku mula berdebar-debar. 
Pukul 7, interkom katil aku bunyi. "Puan, sila datang ke depan puan, kita nak masuk ubat". 
Keringat mula membasahi dahi. Jantung aku berdebar-debar. Air mata bergenang! 

Bila baring dekat katil, sebelum ubat masuk, doc tu akan check dulu kot-kot jalan dah bukak. Sebab ikut mesin, diorang nampak ada contraction, tapi aku tak rasa sakit. Sekali lagi aku mengelupur bila kena seluk untuk kesekian kalinya. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Bila tak ada jalan, ubat terus masuk. Sakit yang amat! Sambil tu aku kena kaunseling lagi skali dengan doc tu. "Adik, you have to be ready, you're going to be a mom soon. Adik kena bagi kerjasama tau". Aku tau nada suara tu lembut, tapi ada ketegasan di sebalik kelembutan tu. Allah..aku tertanya-tanya, betulkah aku tak ready untuk jadi ibu? 
Aku tak punya jawapan! 
Lepas kena induce, patient kena bed rest sejam. tak boleh makan or ke toilet sebab takut ubat tu jatuh. 1st induce ubat tu akan dimasukkan ikut jalan bawah, kalau tak bukak jugak jalan, barulah akan drip kat tangan. 
Lepas sejam, aku bangun makan kurma, biskut, minum susu + air zamzam. Then around 9 o'clock, ada pakar O&G datang melawat. Kata pakar tu, kalau anak sulong bukaan selalunya lambat, mungkin malam ni atau esok pagi baru aku akan bersalin. Tambah pakar lagi, kalau tak tahan sangat sakit, mintak ubat tahan sakit dengan nurse. Aku mengangguk lemah. 
Aku dah hantar sms kat umi abah and Mr.Illiana. Kebetulan pulak hari ni adik & tok aku akan balik dr Langkawi, so abah decided untuk fetch adik and tok aku dulu then terus mai kat aku. 

lepas kena induce. bed rest

                                
10.00am 
aku dah mula rasa macam senggugut. sakit sangat. Aku cuba untuk tidur kalau-kalau tidur tu boleh meredekan kesakitan aku. Tak boleh! Sangat sakit. Aku bbm Mr.Illiana, aku mohon ampun kalau-kalau sepanjang aku jadi isteri, aku masih belum mampu jadi isteri yang baik, tutur kata aku yang mengguris hati dia. 

1230pm
Waktu melawat! Aku dah tak tahan menanggung kesakitan! Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Abah, tok and adik aku masuk melawat. Abah nampak aku menangis, abah kata "tak pa, abah tunggu kat luaq". Masa abah langkah keluar, aku rasa ada air yang banyak turun, macam terkecing! Tak boleh tahan. Aku sakit yang amat sangat! Aku terus mintak adik aku panggilkan nurse. Yang buat aku hangin, nurse tu cuma cakap melalui interkom "puan, boleh tak datang depan, kita nak check jalan". Aku hanya mampu geleng. Doc pelatih datang bawak wheelchair. Aku mula rasakan contraction yang kerap. Aku cuba jugak sedaya upaya untuk bangun dan duduk atas wheelchair. 

Dah sampai bilik nak check jalan tu, nak naik atas katil tu pulak satu hal. Tinggi dah satu hal, aku yang tengah sakit ni pun stuck dulu kat wheelchair tu. Aku kerah segala tenaga yang ada untuk naik atas katil tu. Then ada sorang doc pelatih perempuan check jalan, katanya dah bukak 3cm. Tapi condition aku yang dah pecah ketuban sekali dengan darah tu buat dia tak confirm. Dia panggil lagi sorang doc lelaki, check jalan. Doc tu pun cakap "6cm! Standby, tolak masuk LR!" Gilaaa kau! 3cm dengan 6cm tu jauh bezaaaa kot! Aku still tahan lagi walaupun contraction tu makin kerap. Doc lelaki tu sempat pesan "Puan, jangan push dulu ye, kita tak ada peralatan di sini."

Dah siap segala dokumen, aku pun kena tolak masuk LR. Aku makin tak tahan rasa sakit ni, kain yang aku pakai basah! Ya Allah..macam ni rupanya keperitan umi nak lahirkan aku dulu, ampunkan segala dosa umi dan abah. 
Sampai dekat LR, diorang buat persiapan and nurse mula amik BP aku, diorang standby sebab BP aku by that time 130/90, aku mula cuak. Tapi nurse pelatih kat situ masih tenteramkan aku, katanya ok lagi tu kalau bp macam tu. Aku baru tersedar yang aku tak makan apa pun kecuali sarapan pagi tadi. Memang dalam pukul 11am ada nurse hantar makanan, tapi aku tak mampu nak duduk and even sentuh makanan tu, sebab terlalu sakit! Allahurabbi! Aku pusing dekat nurse sebelah aku, aku mintak nak air kosong sikit. Dalam hati aku keep baca doa nabi yunus sambil istighfar. Aku mohon andai aku mati, dosa-dosaku yang menggunung tu Allah akan ampun. 

Once everything ready, 2 doc lelaki datang, diorang tertanya-tanya mana husband aku. Aku cuma mampu geleng. Tak mampu lagi nak menjawab dengan detail mana Mr.Illiana tatkala tu. Aku cuba kuatkan semangat untuk tempuh saat melahirkan. Doc Kamal pun masa tu memang bagi full support kat aku. Tapi aku tau, aku letih and tak ada tenaga. Masa ni aku teringat pesan kawan aku, sakit macam mana pun kena makan. Nanti tak ada tenaga nak push.

Lepas 2xpush, aku rasa ada luncuran disertai bunyi tangisan! Ya Allah! Anak aku! The doc keep motivating me "Dah keluar kepala puan, sikit ja lagi..". Tangisan anak aku time tu macam ubat magis yang dapat bagi aku kekuatan. Last push, aku rasa anak aku selamat dilahirkan. "Alhamdulillah"..kalau aku mampu sujud syukur tatkala tu, aku nak bangun sujud syukur. 

Keletihan aku sampai ke kemuncak, tapi aku masih bersuara, "mana baby saya?"
Then doc tu angkat baby aku nak aku tengok, lelaki ke perempuan. Aku tak berapa nampak! Aku pun sebut "haaa? boy?" Doc tu dah gelabah.. "Eh...puan, tengok betul-betul" dia bawak baby lebih rapat dengan aku. "Ohhh..girl, my baby is girl". Doc tu tersenyum. "Tahniah puan"

Dan saat diorang letak baby dekat dada aku, aku memang tak mampu tahan air mata. Sebak! Gembira! Sedih! Semua bercampur...



untuk waris yang tunggu kat luar.
senarai nama patient dalam LR
aku? LR11

untuk rujukan waris.
Alhamdulillah...nama aku dah naik. 

'Aisy Nur Iman binti Muhammad Azizi (3.1kg)
30/07/13
1.47pm
Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar

ok, nanti sambung lain..anak aku dah bangun! Hahaha!


Sekian~babai
I could not ask for more

1 comment:

Kelly Tanoto said...

www.indobet77.com

Master Agen Bola , Casino , Tangkas , Togel Terbesar
dan Terpercaya Pilihan Para Bettor

New Promo ( khusus produk 998bet )
- Bonus 100 % New Member sportsbook ( 998 bet ) .
- Bonus 100 % New Member Casino ( 998 bet ) .
( Syarat dan Ketentuan Berlaku )

Promo Terbaru :
- Bonus 10% New Member Sportsbook ( SBObet, IBCbet , AFB88 ,368bet , M8bet , 998bet )
- Bonus 5% New Member Casino Online ( 338a , 1Scasino , Asia8bet , CBO855 )
- Bonus 10% Setiap Hari Bola Tangkas ( TangkasNet , 368MM , 88 Tangkas )
- Togel Online ( Klik4D )
- Sabung Ayam ( New Produk )
- CASHBACK untuk Member
- BONUS REFERRAL 5% + 1% Seumur Hidup

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : indobet77_sb2@yahoo.com
- EMAIL : indobet77@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7238
- WECHAT : indobet77
- SMS CENTER : +63 905 213 7238
- PIN BB : 2B65A547 / 24CC5D0F

Salam Admin ,
http://indobet77.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...