Wednesday, July 17, 2013

Masak Memasak! Makan Memakan! Pandai Memandai!

Assalamualaikum..! 
Alhamdulillah...dah selamat pun berpuasa selama 7 hari, nak masuk hari ke 8 dah ni. Harap-harap aku mampu berpuasa sebanyak mana yang boleh. Sebab aku rasa nak mengganti puasa tu teramatlah perit! Hehehe...! Time orang bagi Syawal tak nak buat puasa 6, dah masuk Rejab + Syaaban baru nak kelam kabut mengganti bagai, memang cungaaappp la kan..


Since puasa tahun ni, aku puasa dengan nenek aku, maka meriah la sikit puasa aku. Aku tak kisahlah walaupun aku kena masuk dapur everyday. Sebab nenek aku ni tak berapa selera kalau aku beli lauk kedai. Mungkin itu cara orang-orang lama, biarlah tak sedap mana pun, janji lauk tu masak sendiri, air tangan sendiri. Walaupun hanyalah sayur boddooo gitu. 


Cakap pasal masak dan makan. Aku ni stress dengan diri sendiri. Bila la nak terer memasak ni. Amazing gilaaa aku tengok manusia-manusia yang masuk dapur, campak-campak bahan..Jengg! Jadi la siakap stim, ketam masak cili, tempoyak bagai. Ohooo!!! Gilaaa stress!! Ada sorang cikgu ni, lelaki, orang rumah dia jauh, kira ala-ala PJJ macam aku la jugak. Dia sanggup masak even duduk sorang sebab dia kata makanan kat bazar macam masak dengan k**i !! Tobaattt rajinnn!! Siap dengan puding bagai bila nak bukak posa. Aku dulu zaman-zaman aku duduk sorang, aku buat lauk sejenis je, then gamak terasa teramat malasss aku pun goreng nasik tu. Siaapp!! Janji kenyang! KAh3x! 


Tapi...itu dulu!! 
Kini, dah jadi isteri..bakal jadi ibu pulakk..
Takkan aku tak nak improve aku punya skill of cooking kan..! 
Rasa macam useless gilaaa! 
Kan orang kata kalau nak tambat hati suami, kena pikat selera + perut dulu..
Aku ada la meluahkan rasa tak sedap ni kat Mr.Illiana. 


Aku : Malulaaa..dah dekat setahun nak kawen, tak reti masak lagi.. 
Mr.Illiana : Lepas ni kalau nak makan kari or tomyam kena p kedai la ekkk? 


Darah sepantasss kilat menyerbu ke muka!! 
Maluuu!!! 
Nasib baik aku kawen dulu mahar kawen aku dulu  tak sampai makan belas-belas or puluh-puluh ribu. Kalau cecah angka macam tu mesti laki aku menyesal gilaaa! Hahaha!! 


So, dalam usaha nak tebus semula malu aku ni, aku rasa aku kena kumpul balik semua resepi-resepi dalam satu buku. Aku ada simpan resepi-resepi, tapi dalam buku ni sikit, buku tu sikit. Tak boleh jaddiiii!!! Tindakan segera wajar diambil! Mission memikat selera suami! hehehe...! 





sumber : google.com 

sumber : google.com 


Tadi aku try buat tom yam. Sebab tiba-tiba tekak rasa nak makan koew tiaw tom yam. Aku rasa tom yam dari segi fizikal ada rupa, cuma rasanya macam kurenggggg lagi. Need lots of improvement. Sebab tadi aku tak dak limau purut.  Haiisshhh!! 

Ok, daahh..aku nak google esok aku nak masak apa pulak. Selagi laki belum balik, selagi tu kena prektis! Ngeheeee..! Abah umi akan jadi tukang rasa this week!! Woahhh!! 



Sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...