Monday, July 8, 2013

Badan Nak Pakai Lama

Assalamualaikum! 
Segala pujian untuk Allah..Alhamdulillah, family aku dah selamat sampai ke tanah air. Walaupun lepas tu ada dua insiden yang mendebarkan kami semua. Tapi alhamdulillah, abah pesan, jangan bersedih, sebab di sebalik kesulitan akan ada kesenangan. Semoga kita semua berada dalam lindungan Yang Maha Esa. 

Semalam, masa aku tengah men"scroll" fesbuk. Aku terbaca satu post ni. Bagi aku, post ni memang terbaik. Meh sini, kasi baca dulu.. 







1 point yang sangat jelas dalam post ni is apa pun perkara yang nak kita lakukan, mestilah based on Islam. Bila based on Islam, semuanya akan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Zaman sekarang ni, macam-macam produk kecantikan yang dilancarkan, semata-mata untuk memikat kembali hati suami. Tapi aku tak nafikan bahawa kecantikan itu perlu. Sebab manusia ni tertarik kepada kecantikan. Aku setuju dengan post ni sebab kecantikan yang dia agungkan adalah bukan kecantikan luaran semata-mata. Tapi, dia sedar bahawa amanah yang dipikul tu perlu dilaksanakan sebaik mungkin. So, takkan ada istilah part time lover, atau pun dengan ayat mudah "tak sengaja jatuh cinta".

Kalau semua orang berfikiran macam ni, aku yakin 107% yang takkan ada iklan yang pelik-pelik. Dulu aku ada terbaca satu iklan untuk tegangkan apa yang dah kendur. Ayat tu teramatlah tak sesuai dan bagi aku ayat tu hanya merendahkan lagi martabat wanita. Kesian pada orang yang menjadi "mangsa".



sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...