Friday, June 7, 2013

Nukilan Gila

Assalamualaikum..
Salam Jumaat.. 
Woahh! Dah Jumaat dah rupanya..dah nak bukak sekolah! 
Dekat-dekat nak habis cuti sekolah ni, aku yakin semua cikgu and students akan diserang virus. Viruss yang tak dak ubat. Haha! Yang cikgu mula celapak nak tanda kertas, yang anak murid pulak mula celapak carik homework yang cikgu bekalkan. Aku malas nak bagi homework kat anak murid aku, sebab kalau aku bagi pun diorang tetap tak siapkan. Macam-macam alasan yang diorang bagi.. 

"Kami p kenduri tcer" - "Bukan awk yang kawen"
"Kami p umah tok tcer" - "Umah tok awk xde lampu ke smp xleh siap homework?"
"Kami lupa tcer" - "Awk ni umur 9 tahun ke 90 tahun?"

Well... Dah nama pun cikgu kan, mestilah ada ayat-ayat best untuk pangkah budak2 tu punya ayat. Hehehe.. Tapi tak payahlah jadi cikgu. Penat! Cikgu sekarang tak macam cikgu dulu-dulu. 

****************************
Semalam..jiwa tak tenteram..
Hati dilanda kegalauan..
Air mata peneman setia..

Semalam..
Terbukti..bahawa aku masih ketinggalan..
Terbukti juga kau masih di situ..
Namun aku tertanya-tanya..
Kau masih menantikah?
Atau..
Mungkin aku yang tersalah..
Salah tafsir..
Salah dalam menilai..
Gagal memahami..
Situasi yang sebenar...

Sesungguhnya..
Aku benci..
Tatkala firasat perempuan benar belaka..
Aku benci..
Mengenangkan apa yang aku usirkan itu..
Sebenarnya hakikat yang perlu aku telan..
Aku benci...
Bila air mata ini mengalir..
Petanda aku kalah..

Ya Allah..
Aku hanya mampu berpaut padaMU..

**********************


Daddy, latest update dalam jurnal hijau.


Sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...