Thursday, June 13, 2013

Completing Each Other

Tersebutlah alkisah..pada zaman dahulu, ada seorang pemuda mengahwini seorang perempuan yang sangat jelita. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata, tetapi mereka hidup dalam aman harmoni dan saling berkasih sayang. Suatu hari, sang suami terpaksa keluar bekerja, dan sang isteri terpaksa ditinggalkan di rumah. Sepanjang ketiadaan sang suami, tiba-tiba sang isteri dijangkiti penyakit yang agak teruk hingga mengakibatkan hilang kejelitaannya. Tatkala itu, sang isteri mendapat berita bahawa sang suami telah cedera kedua-dua belah matanya ketika menjalankan tugas. Apabila sang suami pulang, tidak ada setitis pun air mata kekesalan yang menitik di kelopak mata sang isteri, malah sang isteri tetap melayan suami seperti selalu. Mereka hidup aman dan damai. Hinggalah pada suatu hari, sang isteri telah pergi menghadap Ilahi. Ketika selesai proses pengkebumian, tinggallah sang suami. Kemudian, ada yang menyapa.. 
"Mari saya hantarkan saudara pulang." 
"Terima kasih atas niat saudara, tapi tak perlula..saya boleh pulang sendiri"
"Tapi kan saudara tidak dapat melihat"
"Sebenarnya, saya tidak buta, selama ini saya cuma berpura-pura kerana tidak mahu melukan hati isteri saya."

(sumber cerita : facebook diolah semula oleh penulis Marche Ou Creve  



Tersentak kejap masa aku baca cerita ni. Hebat betul kasih sayang suami ni untuk isteri. Terbukti perkahwinan diorang ni bukan semata-mata kerana kecantikan dan kejelitaan. Aku tak nafikan jugak payah nak carik ciri-ciri suami yang macam ni. Tapi aku jugak tak cakap benda ni mustahil. Kadang-kadang, sikap isteri yang terlalu terburu-buru akan buatkan sang suami bosan. Aku tak mau cakap orang lain la.. Kadang-kadang aku pun macam tu. Terburu-buru. Nak tanya pun tak tunggu masa yang sesuai. Mau tak tensen sang suami. 


Tadi masa aku tengah tunggu Q nak scan 32weeks, aku baca la Men Are From Mars, Women Are From Venus tu. Ada satu ni dia cakap, lelaki kalau dia ada masalah + tension, dia akan masuk dalam "gua" dia sendiri. Which means, men doesn't need any solution, melainkan diorang sendiri yang tanya pendapat. Sebab bagi mereka, keupayaan menyelesaikan masalah akan mencerminkan kehebatan mereka. Berlainan pulak dengan perempuan. Bila ada masalah, women need to talk. Bila dia tak boleh nak meluahkan rasa tu, dia akan rasa sebu dada, macam nak pecah. Tapi tu tak bermakna lelaki perlu jadi "Mr. Fix It", sebab kadang-kadang perempuan akan rasa lega bila dia boleh melepaskan segalanya. Bagi perempuan, lelaki yang boleh mendengar masalah ni adalah mereka yang penuh + kaya dengan kasih sayang. 


Tapi kadang-kadang kita ni terbalik, bila lelaki kena kacau dengan perempuan, dia naik hangin..kononnya perempuan ni tak reti nak bagi dia ruang dan masa. Perempuan pulak bila lelaki tak mau dengar luahan rasa dia, dia akan rasa lelaki tu dah tak sayang dia. Complicated kan? 


Tapi, Allah ciptakan lelaki dan perempuan adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Perempuan adalah pelengkap tulang rusuk kiri lelaki yang kurang. 


sumber : google.com 

Yeayyy! Esok MC! Jangan buat lupa tau Doc Yani, Doc dah janji nak bagi saya rest esok..hohoh..!
**Update daddy dalam jurnal hijau.



Sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...