Saturday, June 1, 2013

Cinta Itu Perlu Restu Kedua Orang Tua

Assalamualaikum!

Hampir seminggu percutian bersama keluarga. Lagi seminggu aku kena habiskan sorang-sorang memandangkan mereka telah tinggalkan aku sebab perut yang semakin maju ke hadapan! Hehehe.. Lagipun, dengan kaki aku yang bengkak2 ni, tak terdaya rasanya nak panjat flight tu. Cuti ni memang mood memasak aku tiba-tiba mencanak naik. Sampai adik2 aku pun heran bin ajaib. Cakap sakit kaki, tapi boleh pulak bake sana sini. Ni pun aku terasa nak bake some choc cake. Tapi memandangkan takkan ada sapa yang akan habiskan cake aku, maka aku padamkan saja niat ni. Esok2 je la aku merendek carik kek kalau aku terasa nak makan.


Okkk..off that baking topic. Nak masuk topic yang agak serius ni. Sila jangan ketawa! Ini serius!


Kata orang cinta memang indah..
Perasaan dibuai-buai..
Dek  madah yang romantis,
Bicara yang mendamaikan..

Kata orang juga,
Cinta membawa padah,
Andai nafsu jadi raja,
Andai agama dibiar sahaja.

Kata orang juga..
Matlamat hidup bukan semata demi cinta..
Banyak hati yang perlu dijaga..
Restu orang tua juga perlu dipinta..
Kerana anyaman dan sulaman cinta..
Bukan untuk sebentar cuma..



Maaf, aku bukanlah penyair hebat yang mampu menyusun kata-kata indah. Dah lama aku tak boleh nak mengarang. Aku rasa sejak-sejak aku dah tak ajar BM kot. Kah3x..!


Pesanan buat gadis tersebut (biarpun aku tak pasti dia selak ke tak blog aku), ingatlah restu ibu bapa tu penting dalam membina sebuah ikatan yang kukuh, bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak. Ingat, tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapa tidak akan putus sampai bila-bila. Sebab syurga anak lelaki terletak di bawah tapak kaki ibu bapa.



*Aku malas nak sound pedasss ni.


Sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...