Monday, May 6, 2013

Tahniah Dato'

Assalamualaikum! 

Di saat semua orang tengah kecoh sebab PRU 13 semalam, aku frust sebab aku tak dapat cuti! Lama gilaaaa aku tunggu depan tv semata-mata nak dengar pengumuman cuti. Aku bangun pagi tadi dengan pantas men"scroll" handset sambil berharap aku dapat sambung tido balik, malangnyaaaaa.. haammmpaaaaa! 

Bila aku sampai kat sekolah, anak-anak murid aku cuma ada 15orang tu satu kelas, lagi satu kelas hanya ada 9 orang. Mungkin kanak-kanak ni bergembira sebab masih dipayungi oleh PM yang berwibawa seperti Najib atau mungkin juga berkabung?? who know?? 

Buat mereka yang kini berjaya meletakkan punggung di kerusi empuk, jangan dilupakan rakyat jelata di luar ni. Jangan hanya musim meraih undi sahajaaa kalian janjikan bulan dan bintang. Kadang-kadang kalian tak perlu ke angkasa untuk memetik bintang buat kami rakyat jelata, apa yang kami perlukan hanyalah benda-benda yang kalian anggap remeh. Ohhh!! Jangan kata aku tak bersyukur, aku bersyukur dengan apa yang ada, aku kakitangan kerajaan, ada bonus, ada kenaikan gaji setiap tahun, ada juga peluang kenaikan pangkat. Aku sangat bersyukur sebab Allah turunkan nikmat serta belas kasihan untuk hamba seperti aku melalui pemimpin seperti yang ada kini. Cuma aku sebagai rakyat jelata mohon supaya dalam usaha untuk mengembangkan serta memajukan negara, mohon jangan diabaikan santapan rohani yang perlu disajikan buat rakyat jelata. Pembangunan bukan bersifat luaran semata-mata, dalaman juga penting dalam usaha untuk memastikan segalanya kental. Aku doakan pemimpin hari ni sedar bahawa amanah itu berat. 

Tertarik dengan perbualan dengan kawan-kawan. "Di akhirat kelak, kita akan berada di belakang pemimpin yang kita undi, jadi fikir-fikirkanlah pemimpin sebagaimana yang kita nak pilih"

Senangkan ayat dia? Tak payah nak pong pang pong pang bertekak sana sini. Aku setuju dengan ayat tu! 


rezeki ibu mengandung!
Parking VIP, boleh potong Q untuk mengundi dulu!
terima kasih petugas SPR! 
okk! habis bab PRU 13. Lepas ni, aku kena pelan-pelan kumpul duit nak tukar kereta (kalau rasa nak tukar), simpan duit lebih untuk pendidikan anak-anak, jimat cermat takut harga barang melambung. Dan yang paling penting BERSYUKUR! Bersyukur atas segala rezeki yang Allah kurniakan. 



Sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...