Monday, May 27, 2013

Recipe Mudah : Cake Chocolate Caramel

Assalamualaikum! 
Woahh!! Kemain ek korang bercuti.. oversea siap!! Kelassss kau nokkk!! 
Aku? Memandangkan aku ni umpama patah sayap bertongkatkan paruh, maka aku hanya mampu terbongkang di rumah sambil berehat. Hohoohoh..


Dalam pada dok berehat tu, aku sambil-sambil la ganti puasa aku yang tak habis ganti lagi. Ada yang tanya macam mana rasa ganti puasa time preggy. Bagi aku, selagi aku bersahur makanan yang berat such as nasik goreng + susu or milo, tu dah boleh membuatkan aku bertahan, InsyaAllah. Sambil-sambil tu kena la cakap dengan baby, yang mummy nak puasa, so, baby kena la bertahan jugak. Cakap elok-elok, mesti baby paham punya dan akan memberi 100% kerjasama. Heeeee..


Tadi aku buat lunch yang simple je untuk family aku yang lain. Tiba-tiba bila aku nak tidur, tak boleh la pulak. Aku pun tercongok sambil berfikir, apa aku nak buat, nak makan tak boleh. So, tiba-tiba aku terpandang recipe choc caramel yang kawan aku bagi. Apa lagi.. Pantas + bingkasss, check bahan-bahan yang ada.. lalu.. bake!!! 


Nak recipe? 
ok, kalau sekali tengok kind of rumit, tapi sebenarnya mudah sangat-sangat. 


Caramel : 
3 sudu besar gula pasir 
1 sudu besar air 
2 sudu besar air

Cara-cara : 
Masukkan 3 sudu gula pasir + 1 sudu besar air, panaskan atas api sampai warna keperang-perangan. Then masukkan lagi 2 sudu besar, then tutup api, tuang dalam loyang. 

Puding : 
1 cawan susu cair (aku guna yang jenama ideal)
3/4 cawan susu pekat manis (terpulang kalau nak reduce kemanisan)
1 sudu teh esen vanilla
5 buji telur 

Cara-cara : 
Campur semua bahan-bahan di atas, kacau perlahan-lahan guna garpu atau whisker sampai semua bahan tu rata. Tapis masuk dalam loyang tadi. 
Korang boleh bakar (steam bake) pada suhu 180 darjah selama 15mins atau kukus hingga masak, api perlahan. 

Choc Moist
Bahan A : 
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair 
1/2 cawan susu pekat (terpulang kalau nak reduce kemanisan)
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

Masukkan semua bahan ni dalam peruik, gaul rata, masak atas api perlahan. Kacau hingga sebati, dah sebati, tutup api, and biarkan sekejap. 

Bahan B : 
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikabornat 
1 sudu kecil baking powder
4 biji telur. 

Cara-cara : 
Ayak dulu tepung + soda bikabornat + baking powder tu, then pecahkan telur and pukul hingga rata. 
Campurkan bahan A + B tadi, pukul hingga rata. 

Dah siap semua bahan tu, tuangkan bahan choc moist ni ke dalam loyang tadi. Korang boleh : 
Bakar (steam bake) pada suhu 180 darjah hingga masak (maybe dalam masa sejam) 
Kukus hingga masak (dalam masa 1jam atau 1jam 30mins) 


Mudahkan? 
Dan hasilnya ialah...........................


*

*

*

*

*

*

*

*

*







taraaaa!!!
sedia untuk dihidangkan! 


Dulu aku ingat lagi masa birthday Mr.Illiana. Kebetulan selang beberapa hari birthday kawan dia pulak. So one of their officemate ni buatlah kek. Aku ingat lagi Mr.Illiana cakap "sedaap tau yang, dia buat kek coklat ala-ala ada caramel atas tu". Tapi masa tu aku tak dapat catch up lagi apa yang cuba laki aku sampaikan. Bila aku dah dapat recipe ni, baru aku dapat link balik dengan apa yang laki aku makan dulu. 
Malangnyaaa..Mr.Illiana outstation pulak.... hmmmmm... tak pa2, aku anggap ja yang aku tengah prektis make perfect, so, bila dia balik nanti boleh aku jamu dia kenyang-kenyang! (+ve gilaaaa aku arini) 


********

So, update for daddy today: 
Baby is in good condition, active as usual. Walaupun mummy puasa hari ni, dia tetap tak meragam. Cuma bila dah sampai 6 lebih tu, dia mula la slow sikit kicking, habis tenaga dah kot. Where are you now, I can't trace your location. Take care, we miss you! 


Oklah, selamat mencuba recipe mudah ni, aku nak out bukak puasa dulu. 3 days to go! Woaaahhh!! 


Sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...