Wednesday, May 8, 2013

Diary Separuh Jiwaku Pergi (1)

Assalamualaikum! 

Mood nak mengupdate kembali. 

Wednesday! Ohh!! Aku punya energy lepas pukul 3ptg akan flat macam roti yang dicapati. Mana taknya, aku keluar rumah pukul 7pg, then starts the class from 740am-1040am, then rest for 20mins, and continue from 11am-1230pm. Berhenti amik nafas setengah jam, sambung kokurikulum from 1pm - 2pm, and continue with year 6 extra class from 2pm - 330pm. Kalau dulu aku dok latih team netball, aku akan sambung dari 4.00pm sampai 6pm! Gilaaa!! Memang aku menyampah dengan hari Rabu! Tapi kalau tak lalui Rabu, maka takkan ada weekend untuk aku. So, as a teacher aku terpaksalah menggagahkan diri demi mencelikkan anak bangsa tercinta. (nanti kalau ada sesiapa yang kutuk aku kata aku merungut, meh sini ganti tempat aku, amik hari Rabu je..nak?)


Semalam aku dah mula rasa tak tentu arah since Mr.Illiana dah naik kapal and ready untuk belayar. Seriously, mula-mula masa aku tau yang nama laki aku naik untuk hantar kapal ke Europe, aku kind of relax and yakin yang aku kuat. Tapi bila masa yang sebenarnya dah tiba, aku mula la jadi tak tenteram. Betul la kata orang, jangan mendabik dada mengatakan diri terlalu kuat bila kita belum menghadapinya. Bila kita dah hadapi barulah kita tau betapa lelahnya kita mengerah tenaga untuk menjadi kuat. Kau akan jadi kuat bila kau dah tak ada pilihan lain selain menjadi kuat. And itulah yang aku alami sekarang. 


Dulu, aku sangat impress dengan wife2 askar yang kena tinggal sebab laki kena pergi operasi. Aku macam cuba letakkan diri aku kat tempat diorang. kalau wife tu jenis yang ada kerjaya is ok la kan, means dia mungkin ada kereta, boleh drive sendiri bila ada kecemasan, boleh keluar beli barang-barang dapur sendiri, tapi what if wife tu tak ade kebolehan drive sendiri? Perit jugak tu...And now...rasakan!! 


Tapi apa pun, aku still bersyukur sebab abah umi and family mertua masih dekat dengan aku. If anything happend, they still can be here within 2 hours. Tak selamanya Allah turunkan hujan, sampai tika dan waktu akan ada pelangi dan matahari yang menyinar. 


Update daddy for today : 
Baby is in good condition, move as usual. Tapi semalam baby daddy tak berapa nak tido, and perut mummy asyik mengeras sampailah ke petang tadi. Maybe baby knows that daddy is leaving. Do care hun, we love u much! Always pray for us. 



Sekian~babai
I could not ask for more





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...