Friday, May 17, 2013

After 8 Days of Being Sasau, Happy Teacher's Day!

Assalamualaikum! 

Happy belated teacher's day! 
Semalam tak sempat nak update sebab tak berapa sihat perut. Aku saspek pada bihun goreng yang aku makan masa brekfes tu, tapi entahla..
Seperti biasa, sambutan hari guru sekolah aku sederhana tapi meriah la jugak. Tapi bagi aku tak sangatla, sebab aku dengki dengan diorang yang boleh melompat main netball dengan anak-anak murid. Hahaha! Lagi satu makanan memang banyak on that day, tapi aku tak boleh nak makan sesuka hati sebab perut aku tak sihat. So, aku makan ala kadar dan kemudian bergegas mencari tandas! Ohhh!! Teramatlah perit okk! Kesian baby..tak boleh nak menikmati makanan sedap-sedap. Kah3x! (Padahal mummy yang over!) 


Macam biasala, hadiah aku bawak balik memang ala-ala santa klos bawak uncang hadiah. And yang paling mengharukan aku, kanak-kanak yang aku ajar masa 2 tahun lepas pun still bagi aku hadiah! Aku macam terfikir "aku kan garangggg...tapi kanak-kanak ni still bagi hadiah". 
Tapi sebenarnya, deep in my heart, aku tak kisah sangat pun dengan hadiah ni, sebab aku faham status ekonomi budak-budak aku. Bagi aku as a teacher, cukupla kalau budak-budak ni ingat apa yang aku ajar and perform dalam kehidupan diorang. Sangat-sangat cukup as pelaburan aku di akhirat nanti. Dahla aku ni manusia yang jenis tak banyak pahala, so, ni la salah satu cara aku nak kumpul saham akhirat di samping zuriat yang bakal lahir ni kan.. And lagi satu, bagi aku, what you give, you get back. Kalau hari ni kau layan anak orang elok-elok, InsyaAllah masa depan nanti orang akan layan anak kau elok-elok. 


Masa aku dah nak balik, aku singgah kantin. Maka berlakulah perbualan ini. 

 Makcik : Qilah ni la kata tahun ni dia nak bagi hadiah special kat tcer yana 
Aku : Ya Allah, buat susah-susah je, 
Makcik : Dia kumpul duit tabung dia sendiri, tu yang dia boleh beli tu. Tambah2 tcer yana nak ada baby dah. 
Aku : terima kasih banyak-banyak. (aku speechlesss sebenarnya)


Memang lepas conversation ni aku sangat-sangat terharu. Padahal si Qilah ni aku tak pernah ajar dia pun, she's just one of my netball player. Aku pernah bawak dia sampai negeri, and alhamdulillah tahun ni dia layak wakil negeri Perak ke peringkat kebangsaan. Adik dia pun aku ajar setahun je, tapi still bagi hadiah kat aku every year. Aku doakan supaya Allah mudahkan kehidupan anak-anak ni. 


Nak tengok hadiah aku? Gambar ni aku dah upload masuk fb, sampai Kak Di pun like jugaaakkk! Terkejuttt mak nokkkk!! Hhahahhaha..! 

*

*

*

*

*

*






Ni sebeban hadiah yang aku bawak balik semalam.
Qilah tu hadiahkan aku bedsheet and comforter. 

Ni pulak aku sort benda yang aku boleh guna time aku dah deliver.
See! Nama-nama indah okk!! 
Alhamdulillah! Thanks a lot kids for those present! Tcer loves you guys very much! 


*************

Update untuk daddy for today! 

Mummy went for 28weeks scan today. So far the result s still the same like before. Just now baby duduk melintang, siap boleh bukak mulut lagi. Tak pastilah menguap ke apa. The placenta is ok, not too low, and we'll repeat the scan on 32weeks. Daddy pray for us ok! Just now, when daddy made the phone call, baby was kicking. And hopefully, kedudukan baby dah ok, tak melintang lagi. No wonder la mummy selalu rasa sengal and ngilu. Hahah! Do care daddy! We love you much! 


* boleh senyum lepas 8 hari sasau! Thank you Allah! He wished me already!



Sekian~babai
I could not ask for more

1 comment:

Anonymous said...

amin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...