Wednesday, May 29, 2013

Adab Menziarahi Jenazah

Assalamualaikum! 

1stly, pesanan untuk Mr.Illiana. "Hun, if you read this entry, sabar banyak2 ye, banyak2 doa pada arwah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan golongan yang Allah janjikan syurga, I tried to contact you by leaving you messages, tapi semua tak delivered"


Semalam, masa aku tengah lepak2 sambil tunggu masuk waktu Maghrib, aku dapat call dari kakak ipar aku. Katanya Wan (grandpa) dah meninggal pukul 7. Masa aku dapat panggilan tu around 720pm. So, aku pun inform abah umi, lepas Maghrib, kam terus shoot ke Pendang. Sebelum ni pun arwah memang tak berapa sihat dah, makan pun sikit-sikit je. Alhamdulillah, aku berjaya juga ziarah jenazah. Kalau nak diikutkan aku dah pening, macam mana aku nak drive sorang-sorang dalam keadaan aku yang macam ni. Malam pulak tu, aku ni penakut nak drive sorang-sorang. 


So, here ada sikit ilmu yang aku nak share bersama. Semoga ilmu ni bermanfaat untuk semua. Some of the tips aku dapat dari pembacaan, and some of the tips dari abah umi aku sendiri. 


Adab-adab Ziarah Jenazah : 
  1. Ucapkan takziah kepada ahli keluarga yang baru kehilangan. 
  2. Menzahirkan kedukaan - dilarang bercakap/bersembang dengan nada yang tinggi atau bergurau
  3. Mendoakan jenazah agar mendapat keampunan dari Allah. 
  4. Digalakkan membaca yassin atau Al-Quran di tepi jenazah. 
  5. Tidak bercakap tentang keburukan jenazah. 
  6. Mengingatkan keluarga jenazah untuk bersabar atas dugaan dan ujian Allah. 
  7. Segerakan pengurusan jenazah. 
  8. Mengiringi jenazah ke tapak perkuburan. 



Aku pernah dengar dulu dari sorang tuan guru masa aku sambil-sambil berjemaah di surau, bila jenazah yang baru saja meninggal, digalakkan untuk memandikan jenazah tersebut sekali, dan kemudian dibaringkan di tempat tertentu untuk ahli keluarga ziarah. Kata tuan guru tu lagi, sebab nak mandikan jenazah untuk pertama kali adalah untuk membersihkan najis-najis yang terdapat pada badan jenazah. Mungkin ada tompokan darah sebab injection, atau ada apa-apa bau/kesan ubat dan sebagainya. Cara ini juga adalah untuk melindungi aib jenazah. Bila dah selesai kunjungan semua, barulah dimandikan dan dikafankan, kemudaian segerakan solat jenazah dan pengkebumian. 


Teringat dulu masa arwah Wan Hassan aku meninggal. Abah saja yang cekal, tak mengalirkan setitik pun air mata. Abah aku kata "Abah dah puas hati, abah mampu jaga arwah sampai ke hayat terakhir arwah. Jadi, sekarang abah hanya perlu berdoa untuk arwah." 


*Apabila matinya anak adam, hanya 3 perkara yang akan mengikutinya ke kubur. 1) sedekah jariah 2) ilmu yang bermanfaat 3) doa anak yang soleh. 
Semoga zuriat yang bakal lahir ni mampu menjadi saham aku dan suami ke syurga Allah. 

Wallahua'lam 


#daddy punya update dalam jurnal hijau okk.

Sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...