Thursday, April 25, 2013

Redha Allah Terletak pada Redha Ibu Bapa

Assalamualaikum! 

Aku sebenarnya tengah tunggu nak masuk Maybank2u ni, tapi tergendala pulak sampai pukul 730pm ni, so aku terpaksalah meraya-rayau sambil menanti sampai 730pm. Sambil-sambil tu aku bukaklah tv demi menghiburkan hati aku yang semakin tak ketahuan ni. 


Tiba-tiba aku terstop kat channel Oasis. Kebetulan segmen "Kalau Dah Jodoh" by Ustaz Kazim Elias. Ustaz ni bercakap pasal "Anak derhaka". Contoh-contoh yang Ustaz sentuh yang buatkan aku tersentuh is : 

"Cuba bayangkan mak ni buat cucoq setiap hari, yang si anak p merempit, kaki patah masuk hospital. Manusia mana yang akan bawak bakul, tikar dan tidur di kaki katil untuk jaga anak?? Mak.." 

"Ayah pulak dok p masjid naik basikal buruk, tak pernah anak ni terfikir nak belikan moto untuk ayah atau kereta untuk ayah. Rambut ayah dari hitam sampai putih mencari rezeki, tapi anak kejanya make up kereta, tukar sport rim"

"Syurga itu terletak pada telapak kaki ibu, tapi ayah adalah sebagai pintu untuk masuk ke syurga" 


Allahurabbi..! Tiba-tiba aku terasa aku ni insan yang banyak sangat dosa dengan abah umi aku. Satu per satu perbuatan aku jadi slide show dalam kepala aku. Ustaz Kazim kata lagi, anak-anak sekarang nampak sangat memberontak, bila kena tegur sikit, masuk bilik hempas pintu, bergegar, jam di dinding pun jatuh. Anak-anak sekarang bila memberontak, basuh pinggan bunyi macam nak pecah pinggan. Allahhh..semua tu aku pernah buat. Aku pernah memberontak macam tu depan umi abah. Dan aku juga pernah buat air mata umi abah menitis. Allah..ampunkan aku..


Ustaz Kazim kata lagi, jadikanlah diri kita ni sebagai anak-anak yang akan terus menerus memberi saham buat ibu dan ayah kita. Kalau ibu dan ayah dah tak dak di dunia, perbanyakkan amal, buat sedekah jariah atas nama mereka, insyaAllah pahala yang kita postkan tu akan sampai kepada mereka. Tapi buat mereka yang masih punya ibu ayah, tanamkan azam untuk menjaga mereka hingga akhir hayat. InsyaAllah, syurga pasti milik anak-anak sebegini. 




sumber gambar  


Semoga kita sama-sama dapat menjadi yang lebih baik dari semalam. Kekayaan satu dunia ni belum tentu dapat membalas setitis air susu ibu yang mengalir dan setitik keringat yang mengalir di dahi ayah. 



Sekian~babai
I could not ask for more 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...