Wednesday, April 3, 2013

Nurul Ikan Bakar, Penang

Assalamualaikum! 

Last week kan school holiday. Memandangkan aku ni dah hampir 3 bulan bekerja tanpa rehat (sampai jiran sebelah pun tegur, "cikgu sekarang balik pun lewat dari office hour ek?") maka, minggu cuti sekolah adalah minggu yang amat-amat dinantikan. Actually aku kena attend kelas tambahan untuk Year 6, tapi aku ganti awal-awal kelas tu. Hahaha..! Dah masuk 3 tahun service, aku semakin bijak mengatur strategi. Maaflah ye, kalau saya masih single but not available dulu, saya willing je siang malam ada di sekolah, but since saya jumpa laki saya pun 2 minggu sekali, saya mesti bijak memaksimumkan waktu cuti sekolah. Weehaaa! 

So, masa cuti sekolah adalah masa merelaxkan minda sambil jalan-jalan carik makan. Okk! Berat aku dah naik 2kg dah sepanjang cuti sekolah ni, mampussss aku minggu depan nak g check up.! Jangan air gula lagi sudaaahhh..Hohohoho! 

Aku bagi hint kat Mr.Illiana nak g KL, tapi memandangkan working hours Mr.Illiana yang tak menentu, terpaksalah cancel, nanti aku hanimun atas highway sajaa! Tak pe2, kita g yang dekat je.. Penang laahh!! Dah nama pun jalan-jalan kan, mestilah cuba tempat-tempat makan yang best. Dinner kami malam tu di Nurul Ikan Bakar. Kalau tak silap aku dekat area highway Bayan Lepas, dari atas jalan tu kau dah nampak. Walaupun aku masih kenyang sebab baru pekena pasemboqqq padang kota, tapi aku sumbat jugakkk sebab sekarang kan aku makan untuk 2 orang! Wakakak! Pastu badan naik aku menjerit kuat-kuat! 




The enviroment! Selesa! 

Ada tempat makan kat atas. 

Tempat makan kat sini selesa, kau boleh pilih nak duduk bersila ke, nak rasa feeling-feeling makan atas pokok atau kau nak duduk sopan-sopan atas kerusi meja. Aku and Mr.Illiana pilih nak duduk santai-santai. So, we're having our dinner atas kerusi batu. Santaiiiii sangat! 

The menu! Pilihan di tangan Mr.Illiana! 


The food!

Pengorder makanan bukan aku. Sebab Mr.Illiana tau apa yang aku boleh makan untuk naikkan hb aku yang rendah ni. So, aku tibaiii saja makanan yang tiba. Part buah as the pencuci mulut tu tak boleh tahan. Aku terkebil-kebil tengok ada buah atas meja. 

Aku : Abang order buah ek? Tak tau pun? 
Mr. Illiana : takla..tadi masa dia hantaq, dia tanya nak buah tak, sepinggan tu RM2, bijak kan dia? 
Aku : Bijakkkkk sangat..! (sambil menghabiskan sepinggan buah!)


Jemput makan ye! 

So, dengan hidangan tu, tambah air apple juice aku, fresh orange + sky juice Mr.Illiana, total dinner kami malam tu RM45.00. Wahhhh!!! Menarikkkk!!! Reasonable! Aku suka! Lagipun ikan siakap tu pun agak besar. Memang berbaloi. Lepas makan, aku balik hotel buat-buat tanya Mr.Illiana, "Kalau bangun semayang isyak kul 5pagi boleh tak bang?" (Tapi aku tetap semayang awal sebab aku takut esoknya aku bangun and solat bersama gajah!) 

Aku rasa aku sangat hebat sekarang, sebab aku mampu menghabiskan makanan sama-sama dengan laki aku. Kalau tak, lepas je sepinggan aku makan, yang nak meratah tu aku surrender. Dan lepas makan-makan semua tu, seperti biasa, aku pulang lalu memaki weight scale aku! 



Sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...