Friday, November 23, 2012

Wedding Ampangan

Assalamualaikum.. 
Seperti yang telah dijanjikan..hari ni aku update entry wedding one of my best friend kat Ampangan. 
Sebelum ni masa wedding aku kat Kedah, dia tak dapat attend, tapi dia ganti dengan attend wedding belah Mr.Illiana. So, tak de hutang lagi la..hehehe... 


Dulu, sebelum kami sama-sama jumpa pasangan kami masing (yang mana sekarang dah jadi roomate sejati kerana Allah), ramai yang akan tegur "Eh, korang adik beradik ek?". Takkan pernah ada yang tegur "sweetnya korang kapel." Mungkin dekat situ Allah nak bagi aku dan family aku seorang pengganti kot. 


Betul kata orang, bila hati kita niat ikhlas bertemu dan berpisah kerana Allah, pasti hubungan yang dibina indah. Aku akui walaupun persahabatan kami tak la smooth sepanjang masa, gaduh + masam muka tetap ada...Tapi alhamdulillah..sillaturrahim tu kekal sampai sekarang. 


Sebenarnya dia ni yang bertunang dulu, tapi aku and Mr.Illiana dah potong Q buat walimah dulu..hohohoh.. masa aku kat wedding diorang, kakak ipar dia tanya "nanti nak dapat baby saing-saing ka?" insyaAllah..kalau ada rezeki... 


 Selamat Pengantin Baru Sahabat..
Semoga cinta kalian subur hingga jannah..
Terima kasih sebab jadi sahabat yang paling baik untuk saya. 




ini pengantin! 


Dulu sebelum aku  kenal Mr.Illiana dengan lebih mendalam, aku memang dah kawan dengan encik pengantin ni. And bila aku dah semakin rapat dengan Mr.Illiana, ada jugak yang bertanya "Bf (masa tu tengah kapel) tak jeles ke kau ade kawan lelaki yang rapat macam ni?" 

Serious! Bila orang tanya aku macam ni, aku gelakkk je..sebab pada aku, kita bukan hanya ada kawan sama jantina saja sepanjang kita hidup dan melalui pengalaman hidup. So, kalau Allah dah tetapkan kawan lelaki tu hubungannya setakat sahabat..maka dia tetap akan kekal sebagai sahabat. Tapi kalau Allah dah tetapkan one of your boyfriends tu akan jadi teman sekatil kau, kau elak macam mana sekalipun, dia tetap akan jadi teman sekatil kau. Mudah kan??? 


Ini bukan entry untuk tips rumahtangga. Heheh... So, kalau nak tau macam mana nak kekalkan hubungan tu, nanti aku buat entry lain. Wakakak!! 




Ke'sporting'an abah umi aku untuk bergambar terserlah. :)


Oklah..aku rasa takat ni saja la dulu ye..Aku dah di sisi suami sekarang..hahaha.. well..cuti sekolah kan.. Tapi tula, aku pun tak tau apa masalah aku, aku dah tak berapa bernafsu dengan makanan. Semalam, Mr.Illiana makan sorang je, aku teman sambil berborak. Haih!



Sekian~babai
I could not ask for more

1 comment:

ReDiculousLy said...

selamat pengantin baru ikwan....semoga bahagia selamanya...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...