Wednesday, November 21, 2012

Janji Makan Capati

Assalamualaikum.
Hye u'olls!
Ye..aku tau aku dah lama xhapdate.
Sebelum aku teruskan dengan masalah jiwa kacau + mind corrupted ni, ada 1 announcement aku nak buat.

"Perhatian kepada semua guru yang t'libat dgn SPPBS, tarikh tutup mengisi online adalah pada 30 NOVEMBER 2012, maka, teruskanlah mengisi ye, anda masih punya masa. Sekian."

Ok next.
Aku nak hapdate pasal wedding best friend aku, tapi aku postpone la dulu eh sebab aku hapdate ni pun tru bb. Sumpah, aku dah edit gambar diorang, nnt aku hapdate. Hehehehe.

Ok next, mari kita cakap soal tanggungjawab dan pengurusan kewangan. Sebelum ni kan abah umi aku jadi tetamu Allah, (alhamdulillah, dah balik pun haji and hajjah kesayangan aku), jadi sepanjang ketiadaan abah umi aku, adalah beberapa masalah yang timbul mengenai kewangan. Aku ni biarpun aku pegang kad ATM umi aku, and tiap2 bulan bila gaji masuk, aku asyik "wowwwww" je kat skrin ATM tu, tapi aku masih waras la dgn amanah yang umi letak kat bahu aku.

Ada satu kes bila orang luar nak mintak pinjam duit dgn aku. Aku ni pulak jenis tak reti nak kata "TIDAK". Tapi aku b'syukur sebab aku dah ada laki, so, aku bolehla merujuk kat laki aku. Dalam erti kata lain, laki aku dah jadi big boss no 1 la kan. Yang aku rasa kelakar bila alasan yang tak logik, "nak bantu suami".

Sayang....meh sini akak nak terangkan satu fakta. Bila termeterainya lafaz ijab dan qabul, suami akan b'tanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri, sama ada dari segi nafkah zahir atau batin. Dan sebagai isteri, kena bijak untuk menguruskan nafkah material yg suami bagi.

Aku tak nafikan, di awal perkahwinan, akan ada masalah nak stabilkan kewangan, sebab kita baru berhabis untuk walimah. Tapi itu tak bermakna tanggungjawab suami belum bermula. And as a wife, kalau kau rasa nak bantu suami, janganlah meminta-minta pada sesuatu yang di luar kemampuan suami. Macam kata P Ramlee "untung kau kawen dgn aku, hari2 makan hati, kau tgk jiran sebelah tu, jgnkan makan hati, hari2 makan tulang buat sup" hehehehe..

So, pada aku, suami dan isteri saling melengkapi dalam nak stabilkan kewangan rumahtangga. Yang penting kena ada simpanan. Ingat lagi dulu umi aku cerita masa zaman umi aku jd penanam anggur t'hormat, abah aku akan menabung RM30 sebulan. Abah aku kata, untuk emergency case. See! Biarlah tabungan tu tak sebesar mana, tp biarlah konsisten. Ni tak, kau nak menabung sebulan dlm 1riban, tp tak konsisten. Last2 orang yang menabung RM30 tu jugak lg banyak tabungan dari kau.

Aku tak nafikan, aku jadi student dulu pun tak banyak tabungan aku. Then bila masuk kerja, 3bulan xde gaji. Abah umi aku bagi 3k untuk support semua, makan, sewa, duit minyak. Laptop pulak hilang masa tu, aku rembat lagi duit abah nak beli laptop baru. Then bila aku dah kerja, aku bagi sket sumbangan utk abah umi. Last2 diorang tak pakai pun, diorang guna balik duit tu untuk walimah aku.

So, in this case, aku tersangat berat hati nak bagi pinjam. Sebab pada aku, kita perlu ukur baju di badan sendiri. Aku ni pun baru nak mulakan semula tabungan aku. Semoga aku akan terus konsisten macam umi abah. Tabungan aku dah kurang time aku buat walimah dulu. Yang paling mahal of cosss la photog (yg smp sekarang tak siap2 album).

Aku ni jenis yang lurus bendul bab2 kewangan. Pada aku bila payment yang aku dah buat sampai habis, aku mengharapkan servis yang maha hebat dari diorang. Tapi aku silap. Masuk 3 bulan dah, berita apa pun tak dapat. Mintak softcopy pun tak dapat. Call tak angkat..last2 bagi robot jawab. Haih!! Apala nasib aku...!

*agak2 kalau aku cancelkan servis diorang, duit aku dapat balik x?

Dahla, spoiled mood aku je bila fikirkan bab album aku ni. Rasa nak nangis pon ada.

Aku dah tak dak mood. Jom makan capati!


Sekian~babai
I could not ask for more


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...