Wednesday, October 3, 2012

Jangan Gantung Diri Bila Dah Break! Tak Cium Bau Syurga!

Assalamualaikum!
Hye readers! 
Aku tengah dalam keadaan selesema, suhu badan aku kejap naik kejap turun, hidung sebu tak payah cakap, aku nak tido pun payah sebab tak boleh nak bernafas, time aku nak bangun tido lak, kepala aku tersangatlah berat. Ohhhh! Simptom apakah ini?? So, tadi aku rushed ke klinik sebab aku dah tak tahan, sekali 5 jenis ubat aku kena telan = RM46.00! hamekkk!! 


Tadi masa aku dalam slot KSSR, aku view facebook dengan BB (aku ni spesis nakal jugak..tak boleh fokus lama, kata org PJ..wakakak!). Aku terview satu berita pasal Remaja Perempuan Gantung Diri Sebagai Hadiah Hari Jadi Bekas Teman Lelaki. 


For further information, kindly click here


Terkesima kejap aku, and tiba-tiba aku ter"flash" balik kebangangan dan kebodohan aku 3-4 tahun dulu. Kalaulah aku boleh undur waktu, aku takkan buat kerja bangang macam tu. Tapi aku sangat bersyukur sebab aku tak teruskan buat kerja-kerja bangang tu. 


 sini tempatnya



Clash! 
Memanglah satu keadaan yang semua orang nak elakkan. Kalau boleh semua pasangan yang berkapel ni happily ever after. Tapi manusia ni macam-macam perangai. Kadang-kadang manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Kadang-kadang manusia juga cepat bosan dengan apa yang dia ada. So, dia akan create macam-macam situasi supaya dia dapat mencuba sesuatu yang baru, dengan suasana yang baru atau dengan orang/pasangan yang baru. 


Bila kau dah clash dengan pasangan kau, and then kau tengok dia dengan pasangan baru, and kau tengok pasangan baru dia tu taklah "sehebat" mana pun, mesti dalam hati kau membuak-buak, meronta-ronta gilaaa nak tau sebab apa kau kena dumped kan? 

Tapi....ex kau tu takkan pernah boleh bagi kau jawapan yang boleh kau terima dengan akal yang waras. Mesti kau ada sajaa point untuk kau pangkah dia balik. Aku teringat ayat umi aku masa aku dah "pulih" sepenuhnya.

 "Lelaki ni kakak, kalau dia nak, dia akan bagi 1001 alasan untuk dapatkan kita, kalau dia tak mau kat kita, 1001 alasan jugak dia akan bagi untuk tinggalkan kita." 

Memang tepat pun ayat umi aku ni. Guyss! Jangan gelabah...sebab umi aku ada sambung ayat kat belakang tu.. "Hanya lelaki yang dah jumpa tulang rusuk dia saja yang takkan sia-siakan kita"


For those yang masih bersendiri sebab tak dapat nak ubat lagi perasaan sakit tu, take your time. Aku sendiri pun taklah immediately sembuh, tapi selagi diri kita sendiri tak mahu berganjak, selamanya kenangan tu akan di situ, menghantui kita. Apa guna kau menangis basah satu katil, tapi ex kau tengah berjimba-jimba dengan scandal and spare part dia yang entah keberapa. 


Come on, remember one thing, what goes around, comes around. Zaman sekarang ni Allah balas cash. Aku ingat lagi ada sorang member aku cakap "Mana kau tau yang dia tu happy je dengan kehidupan baru dia? Kita tak tau kalau tiba-tiba dia ada masalah kewangan, masalah family, masalah kerjaya, semua tu Allah balas la walaupun bukan dengan cara yang sama kau sakit." 


Aku nak cakap lebih-lebih pun aku tak reti sebab aku pun pernah jugak buat benda bangang tu. Cuma, aku merayulah pada mereka yang di luar sana especially girls la, pleaselah jangan buat benda-benda tak cerdik ni. Ex kau tu kalau dia nak rasa bersalah pun, takkan lama punyalah rasa bersalah dia tu. Dia akan rasa bersalah sikit sebab bagi kau nangis, then dia blah sambung berjimba-jimba. Kau? Apa kau dapat? Kenangan mengusik jiwa je la kan? Menangislah kalau kau nak menangis, tapi jangan sampai jadi Kasim Selamat pulak. Simpan sikit air mata kau tu untuk benda yang lebih bermanfaat. 


Jangan cakap aku ni hanya pandai cakap okk..! 
Aku pernah lalui! 
And now, aku sedar yang aku dulu tersangatlah bangang! 
Nasib baik aku tak teruskan kebangangan aku.
Terima kasih pada semua yang sudi menyedarkan aku. 
Percayalah..Sinar bahagia kau pasti akan muncul. 
Tak selamanya Allah turunkan hujan lebat..



*tiba-tiba aku rasa aku nak jadi kaunselor cinta. Untuk perempuan sahaja. wakakak! 



Sekian~babai
I could not ask for more





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...