Monday, October 1, 2012

Hobi Yang Telah Lama Ditinggalkan..



 sumber  

Assalamualaikum! 
Kan aku dah lama tak update! Hahaha.. 
Semalam masa aku hantar budak kenit balik rumah mak pengasuh dia, aku singgah kedai dulu, topup barang-barang basah yang nak hantar kat rumah mak pengasuh dia. Then, aku ternampak Majalah Solusi yang aku dah missed. 2 volume dah aku rasa. So, aku tanpa rasa bersalah dan berbajet duit, aku grab terus 2 volume tu, and bawak balik Gerik. 


Sampai saja kat Gerik, kepala hotakk aku serabut balik. 
Aku letak je majalah tu kat sebelah katil, sampai ke malam ni aku tak boleh nak bukak baca lagi! 
And tiba-tiba aku realized something. 
Dulu masa aku tengok umi aku tak sempat nak baca paper, baca buku-buku yang dia minat, aku curious gilaaaa, apa yang umi sibuk sangat, sampai umi tak sempat nak layan hobi sendiri. 
And noww.......... bila aku sendiri dah jadi wanita bekerjaya + status baru aku sekarang.. memang aku surrender. Aku sendiri pun tak sempat nak melayan hobi membaca aku yang satu ni. 


Kadang-kadang aku macam frust jugak dengan diri sendiri. Sebab membaca ni memang hobi aku dari kecik. Dulu umi abah aku selalu rewardkan aku dengan novel Enid Blyton bila aku berjaya habis juzuk demi juzuk Quran . So, memang aku pulun habis-habisan novel Enid Blyton. Kau pernah dengar novel tajuk "Badai Semalam" tak? Novel tu kind of "berat" jugaklah kan, sebab konflik si Mazni tu dalam alam remaja and rumah tangga. Tapi aku dah baca novel tu masa aku umur 11 tahun. Punyalah advance! Padahal tak berapa paham pun! 


Masa aku study dulu pun, aku sempat lagi membaca. Everyday, before aku masuk kelas, aku akan online and baca newspaper online dulu. So, aku tau dulu perkembangan di awal pagi. But now, aku memang tak punya masa. Aku nak online pagi-pagi sambil baca paper??? Sambil minum milo secawan..memang taklah kan.. Padahal aku rasa masa bangun aku still sama, before 6.30am. 


Dulu pun, before aku tidur, memang aku masuk bawah selimut, then amik buku apa-apa baca. But now, aku naik je katil, letak kepala, terus padamm! Nak aku sedar balik, pagi esoklah jawabnya. 


And now, aku dah ada 3 novel yang tengah pending. 
Bilakahhhh aku nak boleh membaca dengan relaxxx balik ni..!!???


*Rasa nak cuti, sambil lepak-lepak, tenangkan fikiran + membaca! Ohhhh!! Bilakahhh????


Sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...