Wednesday, October 10, 2012

Awas!!! Jangan Sampai Tertipu!

Assalamualaikum. 
Semalam aku dapat phone call dari satu private number. Sebelum ni aku takkan angkat segala phone call dari private number. Aku pun tak tau aku tersampuk apa semalam, aku boleh angkat call tu. Mungkin sebab masa tu aku dalam keadaan separa sedar. (Aku ni jenis manusia tidur petang.)


Operator tu perempuan, namanya biarlah aku rahsiakan. Operator ni cakap yang aku adalah pelanggan streamyx yang bertuah sebab aku ditawarkan perlindungan insurans. Aku sebenarnya tak berapa clear dengan nama insuran tu, yang aku tau insuran ni adalah joint venture dengan TM. Operator ni jugak cakap yang aku ni adalah pelanggan yang bertuah sebab dalam negeri Perak ni, hanya 30 orang sahaja yang ditawarkan polisi insurans ni. 


Aku yang dalam weng-weng ni pun dengar je la. Operator ni cakap aku hanya perlu bayar RM2 sehari. Means sebulan RM60.00. This insurance akan cover aku and hubby aku. Lets say kalau aku sakit and warded, aku akan dapat elaun kesusahan sebanyak RM250 per day kalau tak silap aku. Kalau aku or hubby aku sakit, aku boleh directly claim tanpa ada sebarang had. (Bunyi macam best je kan?) And, kalau aku ada anak pulak, bila anak tu dah masuk umur setahun, anak aku tu pun akan dicover sekali dalam polisi yang aku amik ni, tanpa aku perlu bayar apa-apa untuk anak aku. 


Aku pun "ok" dan terus "ok" je.
Then, the operator mintak nama Mr.Illiana and his ic. Aku yang selama ni ingat je ic laki aku, tiba-tiba boleh tersilap bagi number ic Mr.Illiana. Then, part yang tak best bila dia start tanya pasal kad bank aku. Mula-mula dia tanya aku ni ada credit card ke tak. Aku cakap aku ni jenis manusia yang tak reti pakai credit card. Then, dia jawab "tak pe, puan boleh buat potongan auto debit". Then, dia mintak number card aku, dengan TAK SENGAJAnya aku pun terbagi number card aku kat operator tu. 


Dah settle semua apa yang dia nak, conversation end.
Tiba-tiba aku tersedar. 
Damnnnn!! Aku dah terbagi info yang tak sepatutnya aku bagi. Number card tu adalah rahsia! 
Aku melompat bangun dari katil, and terus call hotline Maybank. Dalam pada aku tunggu panggilan aku bersahut, aku search internet pasal panggilan macam ni. And aku jumpa this blog yang turut sama terkena macam aku. Korang boleh CLICK HERE untuk bacaan lanjut. 


Talian Maybank aku belum bersahut lagi, aku semakin stress! 
Tiba-tiba talian tu bersahut, and aku cerita serba ringkas and aku mintak terminate service maybank card aku on the spot. Syukur alhamdulillah aku berjaya terminate card tu. Then aku call Mr.Illiana, nasib baik tak kena ceramah free. Lepas tu, aku berkejar ke Maybank Gerik and dapatkan card baru. 

Guess what! Aku dapat card MU fc. Hahahha! 
Tapi sayangnya aku bukan peminat MUfc. 

Masa aku sembang dengan pegawai bank tu, dia ada cakap, bukan semua panggilan ni tipu, ada yang betul, tapi aku tak sepatutnya dedahkan angka belakang kad debit aku tu.




Bila aku balik rumah and fikir balik sebelum aku tidur, aku memang curiga! Sebabnya kalau aku pelanggan bertuah, kenapa phone call tu perlu dari private number? And kalau korang baca link blog yang aku bagi tu, entry tu dari 2010, means polisi ni bukanlah yang terbaharu kan?


Aku tak taulah sejauh mana kesahan polisi ni. Tak berani aku nak cakap phone call yang aku terima tu betul or palsu. Cuma salah aku sebab aku dah dedahkan angka belakang kad aku tu. Kan tak pasal-pasal kena bagi RM12! Padan mukaa aku!!!


Amik pengajaran dari cerita aku, kalau pun kau berminat untuk amik insurans, jangan sesekali dedahkan angka belakang card bank kau. Alamat, selamaaattttlah duit kau.



Sekian~babai
I could not ask for more

2 comments:

ReDiculousLy said...

dulu aku pernah kena....kononnya pelanggan bertuah celcom....dan aku terbagi no kad aku gak...nasib aku tersedar dan terus call maybank...

skrg mmg aku takkan angkat ni2 cmtu...slalu dorg call..de yg private de yg no ofis kL....

Illiana Hidayah said...

tula...tobaattt aku tak buat dah, ni kalau umi abah aku tau, mau setahun kene bebel..nasib baik laki aku tak pandai bebel lagi..wakakak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...