Monday, October 22, 2012

Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum!

Dah lama aku tak buat review pasal movie. Last aku tengok wayang was the day Mr.Illiana proposed aku. (ewahhh..sambil tengok sekuntum bunga rose yang tak layu2 tepi meja aku nih..ngeh3x). Last week, aku berjaya memaksa Mr.Illiana tengok wayang cerita aku. Wakaka!! Mata dah terkebil-kebil kebosanan. Nasib baik si heroin ni cun sajaaa.. Ni bukan ayat laki aku, aku saspekk ja dia akan cakap macam ni.. wohoooo!! 

Ni haaa cerita yang aku tengok..


*


*


*


*


*


*



Aku Terima Nikahnya



Sinopsis : 
Mengisahkan Arlisa (Nora Danish) dan Johan (Ady Putra) yang melangsungkan perkahwinan mereka dalam majlis yang penuh gilang gemilang. Menghabiskan masa bersama-sama dalam suasana yang sangat romantik, hinggalah Johan terlibat dalam kemalangan. Setelah sedar dari koma, ingatan Johan terhadap Arlisa langsung padam. Aku Terima Nikahnya memperlihatkan kesetiaan dan kegigihan seorang isteri dalam "menyembuhkan" dan "mengembalikan" suami tercinta. 


Personal review : 
Bagi aku plot cerita ni agak mendatar. Aku ingatkan kawan si Arlisa ni akan menggoda Johan, yang akan membuatkan konflik ni makin memuncak. Tapi rupa-rupanya takkk.. Aku juga bajet yang Arlisa akan dilepaskan oleh Johan, dan kemudian bila Johan tersedar dari amnesia tu, dah terlambat untuk dia bersama Arlisa. Rupa-rupanya juga tidaaakkkkk.. So, aku rasa dari 5 bintang, aku just bagi 2.5  bintang je untuk cerita ni. Kekuatan cerita ni pada lokasi, sangat cantik! 

Respon Mr.Illiana lepas keluar dari wayang, 

"Macam cepat je cerita ni, dahlah tadi start lambat 10mins, macam tak berbaloiii jaaa.." 

Aku pun buatlah cubaan menyapot laki sendiri since aku yang beriaaa sangat ajak dia tengok cerita ni. hohoho! Sorrylah hubby. 

Tapikan, walaupun tak berapa best konflik dia, aku perasan yang sederet penonton depan aku meleleh.. Ermmm...balik tu, aku terfikir jugak, aku ke yang tak de perasaan ni?? Ke diorang tu memang jenis empati yang sangat tinggi??? hohohoho...


******************


Aku tengah tak sabar nak tunggu cuti ni. Aku rasa tahun ni aku tersangatlah letih dan penat. Sampaikan bila Jeff (mentor Mat Salleh aku) tanya, mana aku nak pergi waktu cuti ni, aku cuma jawab, aku nak landing kat rumah, tengok tv, baca novel, baca magazines, blogging, masak, makan, tido dan bangun lambat! Hahaha! Gilaaaa! Dah jadi bini orang pun nak tido dan bangun lambat lagi. 

Tapi kan serious aku cakap, aku lepas bangun je dari Subuh, memang mata aku dah susah nak lelap. (orang akan cakap bagus sebab tido lepas Subuh ni tak baik), tapi kan, even aku period pun, aku tak mampu nak tido dan bangun pukul 10pagi. Paling lambat pukul 7 aku dah terkebil-kebil atas katil. Mungkin hormon "bini" dah melekat kat aku kottt.. muehehhehe! 

Tolonggglaaaa cepat cutiiii...! Saya tersangatlaaa nak berehaaattt.. jiwa dan raga saya sangat penattttt...! 



Esok genap 2 bulan menjadi isteri kepadanya. Terima kasih Allah.


Daaahhh...aku nak sambung marking paper aku yang melambak-lambak. Aku stop jap tadi sebab aku stress dengan budak-budak aku yang tak boleh nak jawab semudah-mudah soalan. Doakan aku boleh habis tanda tanpa berasaaappp eh.. 



Sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...