Monday, September 10, 2012

Review : Casa De La Rosa (Part II)

Assalamualaikum! 
Hye readers!

Seperti yang aku janjikan (Janji Ditepati! patriotik kan aku?), aku nak review pasal Casa De La Rosa yang aku and Mr.Illiana parking sepanjang 3 hari kat Cameron. Hotel Casa De La Rosa ni korang boleh nampak di sebelah kanan korang kalau korang tengah drive nak ke Tanah Rata. So, kalau dari Tanah Rata, sila jangan terbabas simpang since this hotel will be on your left.


Masa sampai ni aku dah terkinja-kinja and dah dapat melupakan nasib malang yang tak dapat nak masuk honeymoon suite. Tapi lepas tu aku ingat balik sambil berkata "nanti kita amik jugak honeymoon suite, boleh?" Gilaaa kejamkan aku? Belum pun overnight kat situ dah gilaaa nak repeat duduk hotel mahal.! wakakak! 


sekarang dah ada orang tolong bawak luggage! yeayy! 


ok, tuan-tuan dah puan-puan, kita dah sampai Casa De La Rosa, aku tak pasti yang ni bilik apa, tapi memang luas, ada katil besar, ada macam dining hall, (sebab masa check out tu, aku ada nampak 1 family ni bukak pintu luas-luas. Ikut hati aku nak snap je pic, tapi macam overrrr pulakk.) 


ni view dari atas, nampak kan jalan tu? Kalau korang dari Tanah Rata, the hotel is on your left. 


Okk, moved! 
Bilik! Bilik yang Mr.Illiana booked kalau tak silap aku bilik Garden View.
So, bila kau bukak je tingkap bilik kau, angin sepoi-sepoi bahasa yang sangat SEJUK akan menyapa kulit, dan pada waktu tu kau akan rasa nak masuk bawah selimut! Tido! wakakak! 



The bed!
Masa aku tengok review pasal honeymoon suit,
katil ni adalah "gerbang2" sket and  ada riben2 + fresh flowers. 

Cermin + Almari + hair dryer. dalam almari tu ada iron and iron board. 

the bathroom.
actually ada bathtub, tapi aku lupa nak snap.
maafkan aku ye! 



 Tempat tido dah tengok, haruslah tengok tempat nak makan pulak kan? Mari-mari...!


Setiap meja ada fresh flowers. 
The food! 

2nd day, breakfast kami dekat hotel. Kalau tak silap aku, waktu aku turun breakfast at 9am. Segala tentatif perjalanan sepanjang di sana of cosss lah Mr.Illiana yang arrangekan. Kalau aku yang arrangekan, alamatnya   selamaaatttt! Nak book hotel pun aku tak reti. 


Meals aku untuk 2nd day : nasik lemak (1 senduk) - nak jugak mentionkan 1 senduk tu kannnn? then aku amik hash brown and ayam kalau tak silap aku. Meal Mr.Illiana pulak, nasik lemak + kari ayam, sosej daging. Both of us amik tea. Masa ni aku rasa kenyaanggg overdosss sampai aku tengok terkebil-kebil je dessert yang ada kat situ. 


Day 3 : Masih lagi nasik lemak. (Memang perut melayu! Pagi-pagi mencekau nasik), then aku add on pudding roti. Yang peliknya pudding roti ni tak de pulak sos nya. Tapi aku belasaaahhhh! Sama macam Mr.Illiana, cuma final day ni dia tambah porridge. Masa day 3 ni, aku cakap kat Mr.Illiana yang meals dia sedap dari semalam. Mr.Illiana pun setuju sebab sambal nasik lemak tu pun sangat sedap! 


The gazebo!
Laki aku lagi yang modelnya. Haih! 


Casa De La Rosa di waktu malam! 


 Actually, hotel ni cuma ada 40 bilik je, so kau akan rasa sangat tenang. Nak makan tenang, nak jalan-jalan area hotel pun tenang. Nak parking kereta pun tak payah berebut-rebut. Mr.Illiana boleh park kereta kesayangan kat tempat yang sama sampai hari ketiga. 

Masa datang sini, either aku or Mr.Illiana masing-masing tak bawak laptop. Tapi kat area hotel ni ada 1 ruang yang ada computer and ada wireless coverage. Tempat pun selesa. 


Okkk, you lagi hubby!
Aku pulak sibuk self timer kan camera, sebab excited nak amik gambar ruang ni.
Cantik okkk! 

Ini kami!
Kesejukan! 

Garden view! 

Casa De La Rosa di waktu malam!
Cantikkkkkk!!! 


So, how? Ada yang rasa-rasa nak repeat honeymoon? Miahahaha!!
Bagi aku Casa de La Rosa ni affordable, tapi hati aku masih terkinja-kinja nak masuk honeymoon suite! Weeee~!!!!


Nanti aku review places pulakkk ye..!


Sekian~babai
I could not ask for more

2 comments:

Anonymous said...

ensem la Mr.illiana tuh..untung u taw...

dewi chenta said...

Haishh... I plk yg x Sbr nk tgu hr nikah.. nk pegi honeymoon kt cameron gk la..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...