Sunday, September 9, 2012

Review : Casa De La Rosa (Part 1)

Assalamualaikum! 
Hye! I'm back! 
Kalau dah tersampuk mood nak update blog, macam ni la gayanya, lepas up 1 entry, rasa nak up lagi entry yang lain. So, entry kali ni untuk korang-korang di luar sana yang nak berjalan-jalan with family, atau berhoneymoon with beloved hubby, or just nak hang out dengan kawan-kawan or nak berseorangan tenangkan fikiran. 


Location 1st date aku dengan Mr.Illiana after marriage is Gerik! Miahaha! sebab aku dah masuk kerja on the next Tuesday, while he's still on his holiday mode. Then, aku cuti balik the next Thursday, barulah ada 2nd location. Ni pun puas la aku survey, sebab plan asal aku nak jalan ke arah selatan, tak pun pantai timur. But since, we both ada komitmen on that Sunday, mana dengan nak amik kereta aku kat Kedah, mana nak balik amik laptop kat Gerik, so we both decided tukarlah tempat bercuti - Cameron Highlands! Sejuk! 


So, kepada readers kat luar sana, jangan tiru gaya kami yang suka last minute ok! Tambah-tambah for those yang nak pegi honeymoon. Kau lambat book hotel, kau melepas! 


Since kami dah di Gerik, so perjalanan is about 4 hours untuk sampai ke Tanah Rata. Dari Gerik lalu highway Kuala Kangsar, keluar Simpang Pulai, and then ada sign ke kanan untuk naik ke Cameron Highlands. So, around 1.30 kami dah di atas. Memang baikk punya planning sebab check in hotel at 2pm. 




Dah sampai area sejukkkk!!!
Alhamdulilah..safely arrived! 

Masa kami sampai ni sebab awal lagi, so Mr.Illiana terus je ke Tanah Rata. Isi perut sambil nak carik map nak jalan-jalan esoknya. Actually, ada satu tempat kat Tanah Rata yang ada bagi map. Aku tak tau apa nama bangunan tu, tapi aku ada snap la pic tu untuk korang. Tempat ni memang kat Tanah Rata. 

macam mana boleh snap gambar mamat ni pun aku tak tau. 

Pekan Tanah Rata

Building yang aku cakap tadi tu lepas daripada bangunan BSN ni.

Tujuan kami kat sini sebab nak carik map kan, malangnya dah tak de map kat situ, tapi kat situlah tempatnya tourist yang nak naik bus balik ke KL, Ipoh bagai ni. 


Time lunch! 
Dah nama pun tempat sejuk, memang perut asyik nak mintak diisi je la.. Kalau korang datang sini, lunch memang banyak kedai yang jual nasik campur, tapi bila malam, aku tengok food court2 comel-comel macam ni memang balik rehat bawah selimut rasanya. Hehehe.. 


Port lunch kami at Gerai Mama, still at Tanah Rata. 
Mr.Illiana pernah datang Cameron dengan kawan-kawan dia before habis study, so dia tau sikit2 lah port makan yang best, tapi kedai yang dia pernah makan tu tak bukak la pulak. Makanya, we both gamble je la makan kat sini. 



overall, aku rasa makanan kat sini suam-suam kuku je la. Tapi deret gerai ni ada lagi kedai-kedainya. Cuma mungkin we both tersalah parking kot. Wakaka! 


Ok! Kenyang even tak berapa kena dengan selera. 
Aku dah excited nak check in hotel sebab masa on the way ke Tanah Rata, aku dah nampak hotel ni kat tepi jalan. Jeng3x! 


*

*


*


*


*



Casa De La Rosa! 
Ni la hotel yang kami dapat lepas puas mencarik sana sini. Ni pun Mr.Illiana yang carikkan, sebab kalau nak aku carikkan, haraaammmmm nak jumpa! Skill mencari aku belum cukup ni, wakakakak! 
We both actually looking for honeymoon suite. Malangnya... (banyak sangat malang aku dalam entry kali ni kan?) dah PENUH! Stress aku! But since bilik dia still ok even without the honeymoon decoration and the welcome cake and welcome chocs, aku still puas hati dengan bilik kat sini. 


Nanti aku review dengan terperinci lagi pasal hotel ni.



Sekian~babai
I could not ask  for more

1 comment:

ReDiculousLy said...

Bestnya pegi honeymoon....nanti bila jalan2 dgn hubby, kalau ter-lalu kampar, jgn lupa singgah ye....hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...