Sunday, September 23, 2012

Review : Cameron Highlands 3D2N Vacation

Assalamualaikum! 
Sebelum aku kembali sibuk dengan hal ehwal memantapkan lagi pendidikan (ewahhhhhh!), aku rasa adalah lebih baik aku menghabiskan penceritaan pengembaraan aku bersama Mr.Illiana ni. Ngeh3x.. kau bajet kau kak D !! 

Sebelum nak start jalan-jalan, Mr.Illiana ada tanya aku, actually aku ni teringin nak pegi mana. Sebelum ni aku pernah tengok gambar-gambar dari profesional photographer amik gambar tepi lereng ladang teh, dekat kebun bunga, kebun sayur, cactus. Apa lagi, aku semakin terkinja-kinja nak bergambar kat tempat-tempat yang macam tu. 

So, port mula-mula kami kat Cactus Valley. Tempat ni tobatttt tinggi! Pada mereka-mereka yang naik atas ni dengan kereta manual, silalah berhati-hati main gear. Kalau kau sampai awal-awal pagi, kau boleh la rilek-rilek je naik sebab tak sesak, tapi kalau kau sampai time-time semua orang berkejar-kejar nak naik atas, please be extra careful. 



Cactus!
Aku terpaksa buat gambar macam ni..
sebab sangat banyak kalau aku nak tunjuk semua..
*terpaksa jadi rajin! 

Nampak tak tanda parking?
Banyak lagi parking kat atas tu, sebab kat sini, kau akan jalan one way je, kau naik then kau akan turun area lagi satu. Please be extra careful sebab laki aku yang cekap pun cungap tengok cerun jalan masa nak turun dari parking ni.



Masa aku jalan kat sini, cactus valley ni tengah buat renovation. Dia ada tutup jalan yang boleh naik sampai ke puncak tu. Tapiiiii....aku dengan Mr.Illiana berjaya jumpa jalan yang sebenarnya membolehkan korang naik sampai ke atas. Wakakak! Tahniah kepada kami.

Ni bukti cactus valley tengah renovate.
Counter closed! 

Tapi....aku dengan Mr.Illiana boleh sampai ke sini..

*


*


*


*


*


*


*


*


Ngeh3x.. ini puncakkk!!!



okkk! Next check point is Butterfly Farm! 
Bayaran masuk RM5.00 per person. 


Entrance 




konon-konon bolehlah nak pegang rama2 tu, eksyennn sajaaa.

actually dalam ni bukan ada rama-rama je, ada lagi serangga2, katak, kumbang, kura-kura, apetah lagi yang semuanya dalam akuarium. Aku tak berapa rajin nak round-round sebab aku takut ada binatang yang ada scales yang panjang berlingkar-lingkar tu. Hahaha! 
Tapi bagi aku, tak berapa worth la nama dia taman rama-rama, sebab rama-rama dia tak banyak sangat pun. Mungkin aku and laki aku salah pilih port jalan-jalan. hohhoho..



Next! 
Rose Centre! 
Bayaran masuk pun RM5.00 per person. Aku ni sampai-sampai terus nak meredah masuk ja, nasib baiklah Mr.Illiana amik map. Rupanya tempat ni sangaaaaaatttttttttt tingggggiiiii!! So, as a PE teacher, aku memang berkobar-kobar nak naik sampai puncakkkk!! Sambil menepuk laki aku tanda bagi semangat... "Let's go hubby!" 


Rose Centre ni pun banyak check points, ada tempat Snow White and The Seven Dwarfs, Sponge Bob, Zodiac, tempat-tempat yang patriotik pun ada, yang romantik pun ada, janji kau kena jelajah sampai puncak! 


Banyak jugak gambar-gambar kat tempat ni, tapi aku malas nak upload sambil letak caption one by one, maka aku compress yang mana aku rasa besssttt sajaaa..wakakkaa! 




Rose Centre 

Kalau nama vacation, tak sah kalau tak de scene shoppping-shopping! Ayuhhh!! Kea Farm! 
Masa kat sini, nasib baiklah ada parking, kalau tak, memang berputih matalah aku, dan mengidamlah strawberry coklat aku. 

Grab tshirt2 untuk adik2 + anak2 buah, makan2, terus keluar.
Sesak beb! 


Dah habis round, its time to lunch! 
Aku tau perut laki aku ni perut nasik, tapi aku ajak jugak jalan-jalan kat ladang tea. Maka terhasillah idea lunch di Bharat Tea Plantation! 



Bharat Tea Plantation ni ada banyak kalau tak silap aku. 

The view!!

Our lunch! 


Menu aku Chiken pasta + mint iced tea. Menu cik abang aku Roast chicken + ice tea. Tekak aku tak berapa nak boleh terima pasta tu sebab too oily. While Mr.Illiana pulak tak dapat nak habiskan rost chicken tu sebab agak muak, (bahagian dada ayam bukan feveret kami!) 

Kenyang makan! 
Balik, charge tenaga untuk malam pulakkk..! 
Aku? Konon2 nak sambung study KISSM, penghujungnya aku tido! 




2nd night! 
Kat CH ni ada satu pasar malam. Kalau hari-hari bukan cuti sekoah, pasar malam ni akan bukak time weekend only, tapi bila cuti sekolah, pasar malam ni beroperasi sepanjang musim cuti. Kau boleh bayang tak berapa banyak income diorang? And betapa kuat + gigihnya diorang set up bahan nak bukak gerai??? woahh!! aku impressed! 







Manusia + kereta tak payah cakaplah.. memang kalau jalan pun, boleh berlaga bahu dengan orang kiri kanan! Ada jugak mommy yang usung baby meredah arus manusia kat pasar malam ni. Haishh!! Kuat sungguh semangat! Kalau aku, jangan harap!! 

Aku tak tau apa nama benda alah ni.
Tapi aku boleh pulakk telan sayur jenis ni. hahahha! 


Menu dinner malam terakhir di CH
*


*

*

*

*

*

*

*

*





STEAMBOAT!!!!!
sebelum ni aku pernah tengok gambar kawan-kawan aku yang bervacation kat CH sambil bersteamboat, tak payah cakaplah aku punya ke"teringinan" tu. Aku dengan Mr.Illiana agak fussy bab-bab kehalalan makanan ni, so memang we both parking kat kedai yang memang sah tukang masaknya Islam, biarlah kedai tu tak segah mana..hohoho..


FAUZI STEAMBOAT

aku tak habis pun makan!
Laki aku macam biasa..PASRAH. 



Kecik je kan kedai ni kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai cina kat sebelah dia. Kedai-kedai cina tu siap kena beratur kotttt semata-mata nak makan steamboat. Aku punya komen untuk kedai Fauzi Steamboat ni, best! sup and tomyam terasa rencahnya. Kecekapan serving not bad, within 10mins semua benda dah sampai.


Maka, sekian sahaja perjalanan untuk kali ni. hahahah! 
Aku dah perammm lama kot entry ni, sebab aku nak update je aku nampak pending jobs kat diary aku, terus potonggg idea aku. 


So, for those yang nak berhanimun kat CH, it is a good place. Cakap pasal good place ni, nak gossip sketlah. 

Hari tu masa aku make up nak bertandang ke rumah Mr.Illiana, kakak andam ni sembanglah dengan customer sorang ni, since the customer mintak petua nak pregnant. Kakak ni cakap, "hang p cameron, konfemmm lekat" Hahhaha! 



Sekian~babai
I could not ask for more





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...