Saturday, September 8, 2012

Bertukarrrrr!!!

Assalamualaikum! 
Nampak gayanya aku bukan lagi sang blogger tegar yang akan update entry setiap hari, waima setiap minggu. Aku tersangatlah banyak kerja di samping emosi aku yang sangat bercelaru. Sumpah! hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. 


Macam mana aku nak mulakan ayat ni ek..

Aku dah selamat menjadi... (ehhh...macam skema sangat pulak)
Aku dah jadi .... (aiyoookkk!! over sangatlah pulak) 
Hahaha..! Punyalah payah nak menyusun ayat.. 
Stress orang nak baca!


Ok2.. 23 August 2012, aku dengan rasminya bertukar status menjadi Puan Illiana bila Mr.Illiana menyambut akad imam dengan sekali lafaz. Thanks hubby! Sebab tu I admire sangat kat you! woahh!! tiba-tiba je kan? 


Tak terungkap perasaan aku waktu tu, aku rasa happy, pada masa yang sama, aku sedih! 
Million thanks to crew Wan Hassan yang bertungkus lumus buat preparation untuk wedding day aku. Dari sekecik-kecik adik beradik sampailah ke pangkat mak-mak sedara and bapak-bapak sedara, hanya Allah sahaja yang mampu membalas. 


Gambar??? 
Hehehhe... OP aku belum siap gambar la. Aku ciplak sekeping je dari OP aku. 

*

*

*

*

*





FotoXpresi
Kalau nak OP ni, roger aku kat email hidayah_illiana@yahoo.com 


Life after marriage ni aku rasa tak keruan sikit. Mudah sangat aku tacing. This week, aku plan nak balik Sik, tapi aku kena OT pulak last minute. ( Siapa cakap cikgu banyak cuti? Keja cikgu mudah? Nanti aku nak buat entry pasal Ceyana_Adnan tu), malam tu aku on call dengan Mr.Illiana, boleh meleleh air mata sebab tak boleh nak balik Sik. Gelabah semacam dah hubby aku. Serious aku sendiri pun tak paham dengan diri sendiri. Sebelum ni nak tengok aku menangis mudah-mudah, jangan harap! 


Bila aku sembang dengan housemate aku, and aku tanya kenapa aku tacing sangat, dia just jawab "ala..yana kan anak sulong, jadi apa2 keputusan kira veto dari yana, now dah kawen, tak boleh suka2 hati balik sik lagi, mungkin sebab tu la kot, yana rasa jauh dari abah umi." 

Yess!! aku rasa logik jawapan housemate aku ni. Sebab tu aku sayang sangggaatttt kat housemate aku yang ni. Dah macam kakak aku dah. 

Dulu masa aku joint kursus kawen, ada ustaz ni advice bakal-bakal suami. "orang pompuan ni rapat dengan mak. Nanti dah kawen, janganlah kurung dia sampai dia tak boleh jumpa mak dia. Boleh meleleh air mata dia. Memang dia tu hak awak, tapi kalau tak dak mak mertua awak dengan bapak mertua awak, awak tak dapat bini awak sekarang". 

Tapi Mr.Illiana taklah sampai tak bagi aku balik Sik, sebab dia tau aku ni kena duduk tepi umi aku jugak kadang-kadang. Wakakakka! 

Bila dah tukar status ni kan, macam-macam scene kelakar muncul. 

Scene 1 : 
Cikgu 1 : Yana, duty hari apa untuk UPSR pnya tution? 
Aku : ehh? Tak de dapat ape2 pun? 
Cikgu 2 : Nahh, tengok kertas akak. 
Aku : Mana nama yana? Tak de pun? 
Cikgu 1 : La...kan ade tu "Pn.Illiana"
Aku : hahahha..! padan tak jumpe, orang carik "Cik Illiana"


Scene 2 : 
Kat kursus induksi, ada cikgu ni mintak aku jadi MC

Cikgu : Cikgu, boleh tak jd MC untuk slot 5? 
Aku  : ermm.. boleh la.. 
Cikgu : Nama cikgu siapa ye? 
Aku : Illiana 
Cikgu : Cik ke Puan? 
Aku : Cik..ehhh..salahhh Puan. 
Cikgu : haa?? 
Aku : Puan Illiana. 


Gilaaa susah nak adapt yang title aku sekarang "PUAN"..
bajet anak dara sunti lagi~wakakakak!!! 


sekian~babai
I could not ask for more




2 comments:

ReDiculousLy said...

Congrat Yana.....sorry sangat x dapat hadir.....nasib da backup awal, datang ms tunang....hehehe...good luck dalam menjalani kehidupan baru sebagai isteri....;)))

Illiana Hidayah said...

Red : thanks buddy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...