Thursday, July 26, 2012

Perlu Hadir Ke Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih?

Fasa pertunangan adalah fasa yang sangat mencabar. Macam yang aku cakap dalam entry sebelum ni, walaupun hubungan kau dengan tunang kau tersangatlah baik dan mesra, tapi dunia tetap akan dengki dengan kau. So, nak kata DUNIA KEJAM? terpulanglah pada perspesi masing-masing. 
Aku? Entahlah..masih belum mampu mentafsirkan istilah "sikap dunia" biarpun umur sedang meniti ambang dewasa. 

Beberapa hari lalu, kawan aku buka cerita pasal sebenarnya dia berkahwin bukanlah dengan lelaki yang dicinta. Masa dia kahwin ni, dia dah ada boyfriend. Aku tanya soalan cepu cemas : 

"Kau jemput ke ex kau attend wedding kau?" 
"Jemput, dan dia datang." 
Aku makin teruja.. 
"Datang????" 
"Yep..datang dengan hadiah masa aku tengah potong kek, tapi dia tak makan." 


Perlukah attend jemputan kahwin bekas kekasih? 





Takdir


Aku terima mesej tahniah sebab aku akan "dipuankan" (bak kata bekas pensyarah aku) tak lama lagi. Dalam masa yang sama, aku amik peluang tanya soalan yang dari dulu aku nak tau. Kata orang sambil menyelam minum air. Tapi, aku tetap tak dapat jawapan yang memuaskan. Arghhh!! Buang masa! Buang kredit! 

Dulu aku tertanya-tanya jugak, aku ada kekuatan ke kalau aku dapat jemputan kahwin bekas kekasih aku? 
Pernah jugak aku survey jawapan dari kawan-kawan terdekat termasuklah sorang mentor aku masa aku still dalam IPG. 

"Dulu saya ada gf, tapi masa tu saya tak de kerja, baru dapat tawaran maktab, lepas tu gf saya ni dah nak dikahwinkan." 
"So? Cikgu bagitau tak yang cikgu dah dapat sambung maktab?" 
"Tak..biarlah..tak baik rosakkan rancangan orang. Mungkin dia bukan jodoh saya."
"So? Pergi tak wedding dia?"
"Pergi..masa tu ayah dia tau yg saya dah dapat maktab, ada sikit kekesalan dalam nada ayah dia." 

Hebatkan mentor aku? 
Gamaknya kalau aku kuat tak aku nak attend wedding ex aku? 

Kalau aku mungkin aku tak attend. Sebab aku benci. 
Tapi aku rasa kalau couple tu putus secara baik, mungkin dia akan pergi untuk meraikan kebahagiaan bekas kekasih dia. Tapi kalau dia putus dengan cara tak berapa best, mungkin dia akan berdendam. Perempuan ni akan sakit hati bila dia tak dapat jawapan yang logik untuk setiap tindakan, tambah-tambah bila kena tipu. 

Kalau kau rasa kau nak jugak jawapan pada soalan "perlu ke hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasih", aku rasa jawapan tu ada pada diri kau. Sekuat mana hati kau berkata-kata, sekuat mana hati kau mengiyakan tindakan kau, atau sekuat mana hati kau menidakkan tindakan kau, tu semua kunci kepada persoalan kau. 

Kadang-kadang kau rasa kau kuat, kau join kawan-kawan yang lain meraikan hari bahagia bekas kekasih kau, tapi bila kau balik rumah, kau tersentuh, tercuit, terasa hati. Kalau ni yang kau rasa, apa guna kau pergi dan doakan dia? Bukankah tu namanya tak ikhlas? 

Untuk kau lebih paham, kalau boleh visit site ini .


sumber




sekian~babai
I could not ask for more

3 comments:

cryclown said...

klu makan sedap, rugi tak dtg:)

Anonymous said...

Makan hati sambil mnum kopi starbucks lagi sedap

Anonymous said...

perlukah saya pergi :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...