Tuesday, July 17, 2012

Bawak telefon bimbit ke sekolah? It's cool bebeh!

Assalamualaikum! 

Isu pendidikan paling panasss dan laris macam goreng pisang sekarang ialah kebenaran bawak telefon bimbit @ handphone ke sekolah! Aku terlepas berita pasal handphone ni semalam, tapi hari ni aku berjaya menghapdatekan diri dekat website kementerian pasal isu ini. 


dari facebook KPM 

"Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipengerusikan oleh YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran 1 telah meneliti draf Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996 bagi menggantikan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang digubal di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Beberapa peraturan baru telah dibincang seperti cadangan untuk membenarkan murid membawa dan mengguna perkakasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) termasuk telefon bimbit. Cadangan kebenaran ini perlu mematuhi syarat dan peraturan yang akan ditetapkan. "



ni feedback dari orang ramai especially TEACHERS. 

feedback lagi
Aku dengar juga cadangan memberi kebenaran bawak hp ke sekolah sebab peningkatan kes penculikan yang berlaku lately. Ada jugak feedback yang cakap, mudah untuk perhubungan kalau ada apa-apa insiden yang berlaku such as kemalangan, kematian or anything, which is kalau boleh kita nak elakkan.

Tapi kalau kita tengok pada situasi dalam bilik darjah dalam persekitaran sekolah, cikgu-cikgu mesti takkan setuju dengan kebenaran membawa hp ni. Duit yang budak-budak bawak untuk bayar duit t-shirt rumah sukan pun boleh hilang, apatah lagi kalau bawak hp, ipad and gajet2 yang gempak tu. Aku tak cakap ni sebab aku rasa tercabar bila budak-budak bawak hp lagi canggih dari aku, sebab teknologi ni tak bersifat statistik. Teknologi sifatnya dinamik. Kalau dulu kau rasa kau ada iphone kau boleh show off, forget it! Sebab lepas tu blackberry, samsung dah mula berlumba-lumba. Kalau kau kejar kedinamikan teknologi ni, memang kau boleh gila.

Dulu, guru mendapat sepenuh kuasa dan mandatori untuk mendidik. Ni termasuklah dengan menggunakan segala psikologi or kekerasan such as merotan. Tapi sekarang? Semua tu dah ditarik balik sikit demi sedikit. Tercubit sikit pipi budak, terus naik mahkamah. Then, bila kes disiplin makin hari makin parah, mula tuding jari sesama sendiri. Yang paling teruk kena mestilah CIKGU! Tu tak masuk lagi isu  cikgu kena marah sebab markah anak rendah. Dunia dah makin terbalik.

Aku tengah bayangkan, what happen if one day, bila budak bawak hp datang sekolah. Then, ada kawan pinjam nak call bapak dia sebab kelas tusyen cancel. Then bila dia balik rumah, ngadu topup habis sebab tadi kawan pinjam called bapak dia, gamaknya cikgu jugak ke yang akan dipersalahkan? Peraturan yang macam mana nak ditetapkan untuk pastikan masalah ni tak timbul?

Tu baru isu kecik bab topup habis, kalau isu yang besar sikit, budak berlari terlanggar kawan yang tengah cakap call, then hp tu jatuh masuk longkang! Macam mana nak setel ek?

Tapi walau apa pun yang disuarakan, kalau benda ni nama dasar, tetap dasar. Maka, kumpulan pelaksana, teruskan perjuangan melaksanakan dasar dengan pelbagai teknik dan pendekatan. :)

*lepas ni cikgu kena amik kursus investigate crime pulak. Aku memang suka, sebab dulu aku nak jadi lawyer, tapi tak tercapai.


- no offense-

sekian~babai
I could not ask for more


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...