Sunday, June 10, 2012

Tips Atasi Perut Buncit Sebelum Majlis Persandingan

Assalamualaikum..
Heheheheh... dah ada yang flu ke masuk kat blog aku ni? hahahha! 
Sayang-sayangku sekalian, I bukan tak mau update blog, tapi I bz la, ni cuti 2 minggu, kertas peksa budak pun I tak tanda, baru nak bertungkus lumus tanda after this. 

Dah habis fasa kenduri bulan 5 & 6, tahniah kepada pasangan-pasangan yang mendirikan masjid. Semoga kalian kekal bahagia sampai syurga. Maka buat bride to be bulan 8, 11 and 12, aku ada tips menarik sikit kat korang. Aku tak tau korang ada tak masalah ni, tapi aku rasa most of us akan ada. 

Masalah apa??? 

*PERUT BUNCIT* 

hahahah! korang jangan malu, sebab aku pun ada masalah yang sama. Bila period pain and kau berguling-guling, kau tekan-tekan perut kau, mesti kau bertambah stress dengan lemak-lemak di bahagian perut. (akulah tu yang stress tu). 


Masa aku dok google pasal masalah perut buncit ni, one of the facts yang page-page tu bagitau is masalah sistem penghadaman di samping amalan diet yang tidak seimbang. Mari-mari, teruskan membaca, aku nak share macam mana nak atasi masalah perut buncit ni. 


Minum jus limau
Jus limau ni digalakkan minum di waktu pagi sebelum bersarapan, sebab jus limau dikatakan boleh membuang segala saki baki asid makanan yang kita makan pada hari sebelumnya. Kalau korang rasa tak best jus limau, gantikan dengan jus epal hijau atau lemon. 


Elakkan minum minuman sejuk ketika makan
Minuman sejuk ni melambatkan proses penghadaman. Kita ni orang melayu makan nak pedas, then tengah pedas ternganga tu, of cosss kita akan minum air kan? Cuba ingat balik air apa yang kita minum? Air sejuk kan? okkk..dah boleh jawab sendiri kan? 
Masa aku makan kat kantin, aku selalu perhatikan cikgu-cikgu lelaki kat sekolah aku yang "tak mengandung", diorang akan makan nasi dengan air teh o suam, milo panas, nescafe panas. Whatever air lah, janji air tu panas atau suam. Patutlah perut maintain je.! 

sumber gambar

Tunggu sekejap
Kita ni jenis lepas makan terus minum air kan? Actually, untuk mengatasi masalah buncit, kena relax dulu dalam 2minit lepas makan, baru minum air. Kenapa? Sebab nak bagi peluang pada sistem penghadaman bekerja dengan lebih efisyen. Kalau kau mampu, kau tunggu setengah jam, baru kau minum air. 
Nenek aku dulu, bila dah lepas makan, dia akan suruh angkat pinggan, basuh tangan and basuh pinggan then baru minum air. See! proses dari angkat pinggan sampai dah siap basuh of coss akan makan masa dalam 2 minit lebih kan, then kau dapat minum air. Hebat orang-orang dulu, cuma cucu dia ni je yang tak pandai! 



Kunyah makanan hingga betul-betul hancur
Nabi sendiri pun pernah cakap kunyah makanan tu sampai 40 kali baru telan. Kita zaman sekarang ni tak de nya nak kunyah sampai 40x kan? asal boleh telan sudaahh. Sebenarnya kunyah makanan sampai hancur ni ada kelebihannya. Masa kau kunyah tu, actually kau tengah bagi isyarat pada organ-organ kau untuk rembeskan enzim untuk mencerna makanan yang kau tengah makan. Hebatkan cara makan Nabi? Ikut okk kalau tak nak perut buncit! Pahala mengamalkan sunnah pun dapat! :)

(tips ni hasil olahan aku melalui pembacaan majalah, artikel2 kat internet) 


okk, itu je yang aku nak kongsi. Benda ni nampak sangat simple and mudah. Tapi ramai yang tak boleh nak buat. Bukan sebab tips ni susah nak diamalkan, tapi sebab kita tak konsisten. Nak cantik tak??? Heheheh.. Nak cantik tu kena sakit okk! 


Tapi aku tak pernah nafikan keperluan bersenam okk! Badan nak cun, selain kau amalkan tips2 ni, kau kena bersenam jugak. (Oucchhh!! Aku dah lama tak joging!) Jaga pemakanan + bersenam + tips barulah kau boleh tampil anggun di hari persandingan! Ewaahhh! 


Maaflah sebab aku tak reti nak berkongsi idea-idea DIY dengan korang, aku pandai kongsi tips je. 
So, selamat pengantin baru kepada yang mendirikan masjid, especially my kembar Yuyun & Fusani, kawan sekerja aku Zhafri & Hasni, kawan-kawan sekolah aku and kalian yang membaca. Juga selamat bertunang buat adik beradik TROY. Jom kita kawen berjemaah?! Hahahha.! 



ni yuyun & fusani 


sekian~babai
I could not ask for more


1 comment:

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal perut buncit… sharing is caring :) - Perut Buncit Tanda Awal Penyakit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...