Monday, June 11, 2012

Message On The Paper

Hi uollss! 
Rajinkan I hari ni? 

Hahaha..actually aku tak lah rasa nak hapdate blog pun malam ni, tapi since tadi ada benda yang "menarik" dan "mengejutkan", maka aku nak sharelah.. hehehe.. 

Minggu sebelum cuti tu, budak-budak aku exam mid term. So, disebabkan aku malas nak bawak kertas banyak-banyak balik rumah, aku work hard gilaaaa nak siapkan kertas untuk kelas Tahun 2 ni. Dah siap tanda semua, aku pulangkan kat budak-budak sambil buat corrections. Then, aku nak budak-budak aku mintak tandatangan mak bapak diorang. 

Kenapa aku buat macam tu? 
Ni semua berdasarkan pengalamanla. Masa aku sekolah cina dulu, setiap kali exam aku kena bawak balik kertas peksa and mintak tandatangan umi abah aku. So, lets say la result aku bulan tu tak best, abah or umi aku takkan tandatangan. Bila aku tak tandatangan kertas tu, alamatnya memang makan rotanlah dengan cikgu-cikgu aku kat sekolah. 

So, rasional aku buat benda ni ialah aku nak anak-anak ni share perkembangan pembelajaran diorang dengan mak bapak. Kadang-kadang cikgu ni dah habis ikhtiar dah nak bagi motivasi, and mybe mak bapak ada cara tersendiri. So cara ni dapat buatkan mak bapak and cikgu berkongsi kasih dan tanggungjawab untuk anak-anak. 

Berbalik pada cerita tandatangan. Aku masuk kelas pagi tadi, aku pun check la. Tiba-tiba ada sorang budak ni cakap : 

Murid : Teacher, ayah saya tulis apa tak tau kat sini. 
Aku : Ayah awak sign tak? 
Murid : Sign, ayah saya ada tulis kat kertas ni. 
Aku : Tulis apa? (curious) 

Aku pun walked towards her and checked her paper. Macam nak luruh jantung aku! 




ni kertas anak murid aku, and the message
meh sini aku scroll dekat sikit apa yang ayah budak ni tulis. 


"Teacher, please help my daughter to improve
her english. Thank you very much" 


hohoho! terkejut beruk jugaklah aku. Gelabah + cuak pun ada jugak. Tapi aku think positive dengan mesaage ni. Apa pun, aku rasa pendekatan aku agak berjaya sebab ada parents yang bagi response dengan pencapaian anak-anak mereka. 


**Tuhan, kurniakan aku kekuatan untuk terus berjuang dalam bidang pendidikan ini. 



sekian~babai
I could not ask for more

3 comments:

Anonymous said...

Teacher, I like your way of teaching. My son now start to speak english at home. Thank you so much for your efforts.(Peace!)

cryclown said...

skit hari jadi JU la..huhuu

Illiana Hidayah said...

Anon : thanks!

Cryclown : xnak aku JU2 ni..buat semak jiwa jek..ehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...