Tuesday, May 22, 2012

Sepetang Bersama Mee Udang Kuala Sepetang.

ceritanya bermula begini.. 

Dia : Hye! I nak keluar dinner ni, jom?
Aku : Tak mau la..
Dia : Ni dok buat apa?
Aku : Nak semayang maghrib. 
Dia : Ok, semayang lah dulu.. 

15 minit kemudian.. 

Dia : Hye! Betul tak mau dinner dengan I?
Aku : Tak mau la.. 
Dia : Tapi I dah kat depan rumah you..
Aku : Ek??? Tipulah! 
Dia : Ok, dengar hon ni.. (bunyi hon) 
Aku : Tapi tak siap pun, dok dalam kain semayang lagi. 
Dia : Takpa, siaplah dulu. 


Hahaha..ni la permulaan cerita percutian yang tak dirancang? Percutian? Not really percutian lah, tapi weekend gateway la kot. Hilang terus kemerajukan yang selama ini bertandang di hati. Hohohoho. 

Sunday morning, had the breakfast kat area R&R Batu 2, aku amik nasi separuh + sambal kerang sikit (memang sikit), + ayam goreng + teh o ais. Pinggan Mr.Illiana nasi + sayur cendawan + ikan keli goreng + teh ais, and harga was RM16.00. Ok, 2 perkataan = Tak Berbaloi-baloi! 

Then terus shoot ke Taiping. Sebelum tu, aku ni dah meroyan nak makan McD yang foldover tu, sekali kena bawak pergi Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang.... HILANG meroyan aku! hahaha! 

Before this, aku just dengar je pasal kehebatan mee udang Kuala Sepetang ni, and ada jugak kawan-kawan aku kat Gerik ni dok ajak lepak sana, tapi tak pernah tercapai pun hajat tu. (Maybe nak kena start 1st experience with you kot hun! ) 
Masa kami sampai tu, mee udang yang biasa dah habis, so, yang tinggal hanyalah yang special. So, belasaahhh saja, even aku sendiri pun tak yakin yang aku mampu habiskan. Kebimbangan yang paling ketara is "mampukah aku nak kopek udang-udang tu?" 

Ni kalau aku tunjuk gambar mee udang tu, jangan bukak posa lak ek pada sesiapa yang tengah berpuasa? heheheh.. 

*

*

*

*

*




Mee udang Kuala Sepetang! 
Yang ini Mr.Illiana punya. See! Udang ada 6 ekor, besar-besar and sampai menutup mee yang ada tu.

Okkk! Ni aku punya.Koew tiao goreng udang 
Dia serve yang goreng-goreng semua ni dalam bekas yang ala-ala perahu. Nice tau. And kalau kau perhatikan koew tiaw dia lebih kecik and halus dari koew tiaw biasa. Ala-ala mee sanggul. Tapi superb!
Pengkopek udang!


Tersandar aku lepas makan ni. Tapi habisss okk, sebab bayar mahal-mahal tak habis, rugi! 

Woaahhh!! lepas tersandar tu, aku dah rasa aku dengan Mr.Illiana ni boleh jadi hos jalan-jalan carik makan la.. miaahahahha! Tapi aku failed sikit kot sebab tak reti nak kopek udang sendiri! huaahahah!

So, kalau korang nak try, silalah google jalan nak ke Kuala Sepetang ni, sebabnya either aku or Mr.Illiana, 2 2 tak reti nak cerita macam mana nak jalan ke sini. Selamat ya!

*Aku baru lepas sahur masa aku buat entry ni, awal-awal lepas sahur takpe, tak de godaan lagi, janganlah aku meroyan nak makan mee udang lagi jap lagi.. hahaha..

*Sayang, thanks for the wonderful gateway.



Sekian~babai
I could not ask for more

2 comments:

THiNKeR-eLL said...

aku da makan.....mmg sedap.....senang je jalannya...kuar tol taiping, belok kanan....(jalan terus kalau nk pegi zoo)....pastu ikut je signboard kuala sepetang....

Illiana Hidayah said...

kan? memang sedap...
hahah..aku kan pemastautin baru kat perak ni, so aku xreti jalan2 ni..wakakka!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...