Monday, April 23, 2012

Hati Perempuan Umpama...???

Kalau aku tanya satu soalan, macam ni bunyinya.. 

"Hati perempuan umpama____________" (isi tempat kosong dengan jawapan yang logik), 

Konfemmm! macam-macam jawapan, 

Ada yang akan kata "hati perempuan umpama kerak nasi" 
Ada pula yang kata "hati perempuan umpama tanah liat"
Ada juga yang kata "hati perempuan umpama tisu" 


Arghhhh! Apa pun pandangan korang tentang hati perempuan, jawapan di atas semuanya betul. 


Hati perempuan umpaman kerak nasi ; memanglah kerak nasi sekali tengok keras, tapi bila kena dengan air, akan terus jadi lembut. Macam tu lah dengan hati perempuan, kasar dan keras tak bermakna tak boleh dibentuk, perlu gunakan teknik yang betul dalam usaha melembutkan hatinya. 

Hati perempuan umpama tanah liat ; tanah liat tu secara fizikal saja nampak liat, tapi cuba diubah menjadi labu sayong ke, ubah jadi pasu bunga ke, lepas tu buat ukiran sikit, pasti akan jadi sesuatu yang hebat dan boleh digunakan. Same goes to hati perempuan, "liat" itu bukan bermaksud hatinya tertutup, tapi kenalah guna kunci yang betul untuk membukanya, dan mestilah kena pandai decorate, barulah keindahan hati itu terpancar jelas. 

Hati perempuan umpama tisu ; lembut dan mudah terkoyak. Namun, kegunaan tisu itu sendiri sudah menjadi sesuatu yang sangat luas prospeknya. Ada ke kalau kau nak lap hingus kau yang meleleh-leleh tu dengan kain kesat? Mesti kau cari tisu juga kan? Macam tu juga dengan hati perempuan, biar pun disakiti, dilukai, diletakkan di tempat yang tak sepatutnya diletakkan, tetapi tetap setia memberikan layanan yang terbaik dari dirinya. 

Apa kaitan hati perempuan dengan entry aku? 
Tak..Aku cuma nak cakap, terkadang dalam "kekasaran" seorang perempuan, tersembunyi sendu di sebalik kekerasan itu. Terkadang di sebalik "keganasan" seorang perempuan, terselindung tangisan yang sayu. Argghhh.. mana kau tahu! Sebab di depan kau, hati perempuan itu bertindak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku dan tiada apa yang dikesalkan. 

Apa lagi kaitan dengan diri aku? 
Aku pun tak tau lah ada kaitan ke tidak, tapi adalah sikit, sebab aku pun perempuan, tulen okk! Sebab hati aku ada kesemua jawapan di atas. Pedih ulu hati tau bila dapat layanan manusia talam bermuka-muka. (Maaf kepada cikgu-cikgu BM, anak murid kalian dah pandai nak ubah simpulan bahasa mengikut situasi hati). Dulu, aku ada join satu camping yang melibatkan semua ladies yang ayu-ayu dan sopan santun, sampai aku yang sebegini dicop "jantan". Tapi kan, perempuan "jantan" ni jugaklah yang pedih tangan-tangan ikat gajet, naikkan flysheet bagai. Arghhhhh!! Lupakan semua! Benda dah berlalu, mungkin wanita itu juga berada dalam situasi tertekan tatkala kata-kata itu diluahkan. 

Dulu, bila hati perempuan itu terguris, hanya air mata yang mampu menemani sendu tangisanya. Kini tidak lagi! (baca dalam nada iklan), dada fesbuk, twitter mampu jadi peneman. Sebab tu segala macam caci maki terhambur di dada fesbuk. (termasuklah aku, aku suka maki "demmmmmyuuu!"..hahha..ubah sket style ejaan okk), tapi, setakat mana kepuasan yang aku dapat? Persoalan ini dah lama bermain dalam kepala otak aku yang semakin hari semakin sarat ni. Pernah jugak aku terfikir nak tutup saja account fesbuk aku. Bila aku suarakan pada si dia ;

Aku : awak, saya nak tutup account fb la 
Dia : kenapa?
Aku : dah bosan, lagipun dah jadi medium lepas perasaan dah. 
Dia : terpulanglah, tapi fb tu menghubungkan kita dengan kwn-kwn lama jugak kan? 
Aku : (betul jugakkk...) 
Dia : ada masalah ke ni? 
Aku : ...... (teruskan bercerita, sebab terapi untuk perempuan kan bercakap?) 


ye..aku realized yang medium fesbuk aku ni sometimes jadi tempat aku lempiaskan amarah aku je, main perli-perli orang, seriously, aku tak reti nak berdakwah kat fesbuk, aku reti baca je post-post UAI atau ustaz-ustaz yang aku follow. Aku bagi contoh ; 


Dulu aku pernah buka entry maki kat blog ni, then malam tu juga spread entry makian aku ni among the people, then bila aku buka fesbuk, aku terasa bahang-bahang aku pulak yang kena maki dekat post-post the people. Kan padan muka aku! Allah balas cash kat aku! Maki orang lagi! 
(ini kisah benar, biar aku guna contoh diri sendiri saja, senang..nanti tak pasal-pasal aku kena saman!) 


So, as a conclude, aku terasa sangat-sangat nak hidup aman macam dulu, without fesbuk, without tweet, tapi bolehkahhh??? hahaha! sundri jawab la cik yana oiiii.. Ini ke relation kenapa aku naikkan entry tak ketahuan punca ini???? hahahha


*kalau main block orang dari fesbuk ni selesai masalah tak? 
*aku tak mau bagi kad kahwin aku la kat dia, boleh? miahahah!! 



sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...