Saturday, March 17, 2012

Tips Menjadi Raja Sehari

Assalamualaikum. 

Sebelum ni ada orang tanya aku, kenapa aku tak eksaited nak update pasal persiapan aku yang akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi. Reader ni cakap sekarang kan bila dah nak kawen je mesti ada segmen "bride to be". 

Maka ini jawapan aku.. 
Dear reader, it doesn't mean I'm not excited, but I don't have extra time to update everythings about my becoming wedding. Seriously, sekarang aku hanya ada masa nak memikir bab wedding aku bila aku balik bercuti. Bila aku kat tempat kerja, aku memang tak sempat, pagi petang aku kat sekolah. Tapi jangan risau ye, aku akan terus update tips-tips untuk bakal pengantin di luar sana. hehehhe..
 sumber cartoon ini dicilok


So, tips untuk hari ni ialah Tips Menjadi Raja Sehari. 
Macam biasalah, aku dapat ni pun through writer Mas Kahwin , so aku rasa tak salah kalau aku share dengan korang-korang semua kat luar tu kan.? 

Buat bakal pengantin, korang mesti nak jadi puteri paling cantik dan putera paling kacak kan masa majlis korang tu? so, yang pertama sekali ialah : 

1# : Rehat dan tidur yang cukup 
katakanlah majlis korang the next day, malam tu jangan sampai kau tak tidur pulak. Macam mana kau nak kelihatan hebat dan bertenaga keesokkan harinya. Nak senyum pun kena ada tenaga beb! 

2# : Senyum selalu 
Senyum sokmo! tetamu yang hadir pasti nak tengok pengantin kan? Maka, berikan senyuman korang tu sebagai tanda penghargaan kehadiran diorang datang ke majlis korang. Kedatangan diorang tu diiringi doa untuk kebahagiaan rumah tangga korang. So, for those yang susah nak senyum (macam aku) bangun pagi, masa korang bersolek kat cermin tu, prektis senyum!


 The Royal  Wedding

3# : Solat Sunat Sebelum dan Selepas Akad
Aku yakin yang korang akan akad nikah di masjid yang dekat dengan rumah korang. So, sebelum akad tu eloklah dirikan dulu solat sunat 2 rakaat, minta supaya kelancaran majlis akad nikah tu and tetapkan hati korang dalam nak melayari alam baru. Same goes to after akad, Allah dah mudahkan majlis korang, panjatkan kesyukuran ke hadratNYA..pohonlah apa yang kau nk pohon untuk rumahtangga korang. 

Kata-kata Imam Qariah aku : 
tak payahlah bercium laki bini dalam rumah Allah, depan tok imam, depan saksi-saksi nikah. Nak cium laki bini, buatlah dalam bilik tertutup. 

4# : Makan biar berpada-pada : 
Of course ada upacara makan beradap kan? maka, makanlah secara bersopan. korang diperhatikan okk.. makan untuk lapik perut je, jangan sampai dah jadi buruk lantak pulak kat meja tu..kalau yang pengantin perempuan ni kalau kau pakai corset, lagilah kau kena waspada, sakit oooo kalau kau terlebih makan..hehhe..


 wedding of the year  


 

So, cukuplah dulu ye..kertas periksa budak belum bertanda lagi, aku dah tak dak masa ni..hohoho.. semoga tips ni bermanfaat untuk korang semua..

Sekian~babai
I could not ask for more 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...