Friday, March 30, 2012

Ni Style Okkk (Banyak Kau Punya Style!)

Semalam aku terima massage dari adik aku, bunyinya gini :

"kak, bz kew? mgu niey alek kew tak? ad bnd nak citew niey." 

Time ni pulak aku tengah mode tak berapa bagus, (dalam proses nak mencari motivasi diri lepas semua budak-budak aku dah pindah kelas), dan-dan je aku nak hangin. Then aku balas :

"ckp apa ni? xphm!" 

Then dia reply:

"kak blk x mgu ni? ada bnd nak cita kat kak" 

Ahaaa..yang ni aku balas "blk, dah otw"

Aku ni tak taulah kalau aku dilahirkan zaman purba, sebab lately aku semakin tak paham bahasa-bahasa yang budak-budak muda guna. Aku pun muda jugak, aku c time meroyan aku sampai, aku cakap jugak "gua" "lu" "der" "dowh" semua ni.. Tapi taklah sampai berjangkit dalam massage pun tak paham jadah apa yang diroyankan.!

Adik-adik aku memang pelik! Tu kisah adik aku yang umur 19 tahun (gamak kalau nak ngorat, mai mengadap kakak dia ni dulu), adik aku yang umur 15 tu pun lebih kurang, lagi aku tak paham apa dia nak sampaikan.

"la n da kat bt5, narnty sm5, anta alek kolah" 
(la ni dah kat batu 5, nanti sampai, hantar balik sekolah)

Yang ni memang dia sampai-sampai, aku hentak dia dulu la kan..bila dah terbiasa tulis perkataan yang ringkas tahap dewa 87, nanti kau tulis essay pun kau tulis essay yang dewa-dewa tahap petala 87 je yang paham.

Aku malas nak print screen ayat-ayat macam tu yang aku jumpa kat fesbuk, kat blog.. tapi tula, bila masuk mengomen je, aku pulak yang kena reread, macam aku ni budak linus tegar yang merangkak-rangkak nak eja & membatangkan suku kata :

"apew semue niey, owang tak katew apew-apew pown" 


"sowey, aq x kernal budark bwh umo mcm kau,"


"da xda hrpn, lupew kan jew neat tuh" 


"akitnyew kepale niey, pewot lapa, tlg beliey akan bley?" 


lewpass niey, aq nak uwat entry toolies cam niey ugak, korunk nak bace tark? 




sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...