Thursday, March 29, 2012

Anda Didapati Bersalah, Bayar Denda RM25.00

Dunia hari ni semakin pelik! 
Kes pelik yang terbaharu yang inilah.. 

*
*
*




click for larger image

RASAH 28 Mac - Denda maksimum RM25. Itu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Seremban, dekat sini hari ini ke atas tiga gadis yang terlibat dalam aksi menari tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu. 
Ketiga-tiga mereka masing-masing dikenakan denda tersebut setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan berpakaian seksi dan melakukan aksi mengghairahkan. 
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, Nooranishah Mohamad Isa, 19, yang masing-masing memakai baju kurung dan bertudung hanya mengangguk kepala tanda mengaku selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. 
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menari di atas pentas dengan mengenakan pakaian seksi serta melakukan aksi mengghairahkan selain berkelakuan kurang sopan di tempat hiburan awam.
aku carik news ni tak jumpa, so aku google blog, ada blogger yang ada news ni secara details. credit this news to Semut Hitam


Aritu aku parking kereta umi kat Sg. Petani tak letak parking ticket, aku dapat saman parking RM30.00.. Tunang aku lupa yang lesen dia dah tamat tempoh, kena saman RM300.00, dah lepas buat rayuan, dapatlah kurang jadi RM150.00 kalau tak silap aku.. Saman MENARI TIANG RM25.00?????

lagi murah daripada saman parking aku!
lagi murah dari saman lesen mati!

aha...lagi satu aku teringat, ada kes yang orang tu curik susu sebab tak ada duit nak beli susu anak, denda 2 TAHUN PENJARA!

ok2..aku think positive, denda kali pertama orang panggil denda manja gitu... lagipun budak-budak ni muda lagi, mana nak ada saving banyak-banyak nak bayar denda kan? oklah tu, as long as kena denda.



sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...