Tuesday, February 21, 2012

Tips Nak Jumpa Bakal Mertua

Assalamualaikum! 

Tadi aku received one email from MasKahwin yang share tips pasal tips nak bertemu dengan mertua. Ye2..aku tau kat luar sana mesti ada kapel-kapel yang tengah tunggu masa nak bertandang ke rumah mertua la kan.. mari-mari bacakan tips yang aku dapat ni.. 


1st of all, korang nak melawat rumah bakal mertua korang mestilah korang kena set tarikh yang sesuai. Janganlah time-time bakal mertua korang busy, time jiran sebelah nak kenduri tahlil ke, korang pun sibuk-sibuk nak bertandang, takkanlah bakal mertua korang nak kansel janji dengan jiran sebelah hanya disebabkan korang. So, pilihlah masa yang sesuai macam masa kenduri ke, (boleh datang tolong-tolong apa yang patut), masa birthday bakal mertua korang ke (masa ni bawaklah buah tangan..bunyik macam nak merasuah kan, tapi bukanlah rasuah, just kind of adab ziarah lah kan). 


2nd is your attire. Kata orang first impression akan meninggalkan impak yang mendalam. So please la, korang bercinta dengan anak diorang, at least korang kenalah siasat latar belakang family tu, maaf cakap ye, katakanlah bakal mertua korang ni jenis yang alim, takkan korang nak pakai short nak t-shirt putih corak nirvana kan? ikutlah suasana, alaa..macam dalam cerita Syurga Cinta si Awal Asha'ari tu yang boleh pakai serban and jubah bagai semata-mata nak ngorat Heliza kan? ahaa..tu maksudnya dia ada buat research. And for girls, kalau boleh janganlah pakai skinny ketat-ketat tu, maybelah bakal mertua korang tak cakap apa-apa, but what if jiran sebelah menyebalah pandang? mesti dia akan cakap "ehh..pakai macam tu bakal menanti Pak Mat dengan Mak Melah tu?" See! Bila korang dah decide nak datang bertandang, secara tak langsung korang kenalah menjaga air muka bakal mertua korang.. 


3rd is be flexible. Aku sebagai orang muda pun aku akui memang aku tak reti nak masuk group geng-geng veteren ni sembang sebab aku tak tau topic apa yang patut aku bukak. Tapi at least korang janganlah sampai membeku kat tempat duduk. Sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab. Paling mudah, kalau dihidangkan kuih ke ape ke, pujilah makanan tu, and for the girls bolehlah bukak-bukak topic mintak share recipe kan? Untuk yang guys pulak, aku rasa korang bukak lah topic kereta ke, isu semasa ke, yang menampakkan korang ni luas penegtahuan sikit. :)




sumber gambar dicilok

So, aku rasa yang ni dulu lah kot yang aku boleh share dengan korang sebabnya aku dah tak ingat apa lagi yang   writer mas kahwin tu cerita. So, semoga tips ini dapat membantu pada mereka-meraka yang bakal mengadap bakal mertua masing-masing, even aku sendiri pun belum pernah jumpa bakal mertua aku melainkan masa tunang hari tu. ohhh! durhaka! hahhaha.. ampun ye..


Berbahagialah mereka yang menerima pasangan mereka seadanya. 


Sekian~babai
I could not ask for more

2 comments:

Anonymous said...

bukan Pak Mat and Mak Melah...Pak Tam and Mak Minah lah...hahaha

Illiana Hidayah said...

Anony : hahha...menyakat nampakkk??? taulah tak p mengadap lagi..hihiihih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...