Thursday, February 23, 2012

Slumber yai2, slumber pa-pa~

Kisah ni adalah kisah benar, berlaku tahun lepas 2011, masa aku masih lagi naif tentang perihal manusia. Bagi aku, hindari sifat prejudis sebab aku tak mau orang prejudis kat aku. Kan orang kata "what you give, you get back".

Ceritanya macam ni, last year aku kan just posted je kat Gerik ni, bujang pulak tu, so adalah hamba Allah ni datang jumpa aku nak mintak aku buat tusyen kat anak dia. Aku pun fikir-fikir balik, oklah, aku setuju since aku pun taklah sampai kena jaga laki, jaga anak, boleh jugak aku topup duit poket aku. So aku pun setuju, since nak ajar Maths je. Aku ni taklah terror, tapi taklah sampai bengap sangat, kau jangan mintak aku ajar add maths sudah ler..hohoh..

Masa tu aku mati-mati ingat anak dia ni sekolah rendah. Then bila tiba hari nak tusyen, aku dah standby suma bahan, tgk-tgk anak dia sekolah menengah! Kelam kabut jap aku. Tapi oklah bila aku semak balik topic dia macam 'persamaan linear' 'algebra', which is aku rasa aku boleh go on. Masa ni ada jugak member 1 sekolah aku hantar anak dia jugak, amik english and maths.

Nak dijadikan cerita, I was busy la jugak dengan training budak netball bagai sebab masa tu bdk aku dapat wakil ke negeri. So, kdg2 aku cancel tusyen, and topup masa tu di hari-hari lain, sampai ada waktu weekand aku tak balik sebab nak qada' tusyen dia. Aku pun sedar jugak, aku buat kelas tak ckp, duit nanti aku makan, dah jadi darah daging hitam!

Life aku tu keep going sampai waktu ramadhan, and lepas raya. Dah lepas raya aku kena stop tusyen sebab housemate aku datang bawak parents dia, so aku xnaklah nanti ganggu pulak. So, member sekolah aku yang hantar anak dia ni bayar full payment kat aku, xde masalah sangkut langsung. Siap nk bayar lebih kat aku lagi untuk duit buku dgn segala bahan yang aku fotostatkan.

Berbalik pada si budak sekolah menengah ni, dia ni kejap datang, kejap tak. Masa bulan puasa langsung xdatang. So, masa aku nak stop buat tusyen tu, aku call la si mak budak ni, tak pernah angkat, last-last aku decide send message aje, aku bagitaulah skali bayaran tusyen anak dia. Oh yes, masa aku buat tusyen ni, kawan anak dia which is jiran aku jugak. So aku masukkan sekali bayaran budak ni.

And aku ni assume lepas aku send message tu adalah inisiatif dia nak bayar. Tak bayar jugak. And setiap hari bila dia nampak je aku reverse kereta nak keluar, dia mst cepat2 masuk dalam rumah. sampai satu hari aku drive lalu depan dia aku tegur "kak.." Dia pun cakap kat aku "duit yana nanti akak bagi ek, lagipun pakcik(laki dia) tak keja". Aku pun angguk je la..

Dia punya "nanti akak bayar" tu sampai ke tahun ni. Now, everytime aku keluar dgn keta mesti dia cpt2 masuk dalam rumah even dia tengah siram pokok bunga. Yang paling best anak dia yg tusyen dgn aku tu pagi-pagi selalu tunggu bus sekolah tepi jalan, skrg dah tgu bus dalam garage rumah dia.

Ni lak kes pagi tadi, aku bukak gate rumah sebab nak keluar, aku nampak anak dia b'diri tepi jalan tunggu bus. Bila aku drive lalu depan umah dia, anak dia dah lari masuk dalam rumah. Hahaha! Kelakar pulak kan.

Sebab tu la aku kata orang yang tak mampu bayar hutang ni akan keep running and escape sampai dia rasa hutang dia dah di"halal"kan. Tapi kak, duit tu boleh halal, ilmu saya ajar ni kalau saya tak halal, jadi cane ek?

*sundri pikir la ye.

Sekian~babai
I could not ask for more


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...