Monday, February 20, 2012

Petanda apakah?

Semalam aku tidur awal since hari ni JPN officer nak buat lawatan. And aku mimpi benda yang buatkan aku rasa "ya Allah, panjangkan usia aku, aku nak jadi solehah"

Tak tau macam mana semalam aku boleh mimpi aku posting kat pedalaman sk rps pos kemar. (Padahal aku ni dh setahun posting). Oh yes, sk rps pos kemar ni of cos la kat Gerik.hihih.

Masa tu abah umi bawak la segala barang-barang sebab nk menghantar aku ke sana. Pos kemar ni kalau nak masuk kena naik boat, and dah sampai jeti, kena pulak naik hilux. Yang bestnya tiba-tiba ada masalah pasal data apa ntah yang menyebabkan kami kena keluar balik ke pekan, kira banyak kali jugaklah kami ulang-alik keluar and masuk. Sampai nampak muka umi abah aku yang dah letih. Tapi umi abah aku tak mengeluh pun.

Then last kami masuk lagi lepas segala maklumat tu dah settle. Masa abah umi nak balik, abah cakap macam ni dengan aku "kakak kerjalah elok-elok, niat lillahi ta'ala, abah umi boleh tolong support kakak, tapi kakak yang kena selesaikan segalanya"

Ya Allah..!
Masa tu aku rasa macam "ya tuhan..jangan matikan aku dalam derhaka pada umi abah aku". Serious aku masa tu longlai dengar ayat abah tu..

Lepas dari tu, aku tersentak, tengok jam baru pukul 5. Hujan boleh tahan jugaklah lebatnya..masa tu rasa meleleh jugaklah air mata and dalam hati aku terdetik "Ya Allah, jadikan aku anak yang solehah, yang boleh selalu mendoakan abah umi aku"

Serious, aku akui aku tak baik, aku jahat,tapi aku sayang abah umi aku sangat-sangat sebab mereka nadi kekuatan aku.

Makbulkan doaku wahai tuhan.


Sekian~babai
I could not ask for more
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...