jiwanya muda..
terkadang langkahnya sumbang..
terkadang hatinya umpama lalang...
Kerana itu..
wujud di situ ibu bapa..
sebagai orang yang lebih tua..
membimbing serta membetulkan..
segalanya..
Abah..
tindakanmu terkadang mewujudkan prasangka..
bahawa kasihmu secubit cuma..
namun..jika diselami..
pasti menyedari..
kasihmu menggunung tinggi..
Umi..
dua tanganmu ajaib...
pelukanmu menyembuh duka..
ciumanmu mengubat lara..
membuatkan aku mampu mengatasi segalanya..
Terima kasih Abah, Umi..
Tanpa kasih sayang kalian..
Aku tak mungkin di sini..
Mengorak langkah demi langkah..
Mengecap bahagia demi bahagia..
Mengukir senyuman demi senyuman..
Tuhan..
Rahmati mereka dalam lembayung rahmatMU..
Kasihani mereka dalam maghfirahMU..
Izinkan mereka terus menemaniku..
dan..
Izinkan juga aku untuk terus berbakti hingga ke akhir hayat usiaku..
**********
and this one is for beloved fiancee.
I promise I won't turn around and let you down. Thanks for love.
Happy birthday sweetheart.
************
eh? apesal sebut fiancee kat atas tu ek?
nah! amik gambar ni diam-diam ye.. hehehhe...
| dua tanganmu ajaib, pelukanmu tetap hangat. |
![]() |
| yang tadi umi, ini pulak bakal mak.. heheh... |
Bulan february tahun ni sangat colourful, mula-mula dengan birthday abah, then engagement, sambung pulak dengan birthday Mr.Illiana, and will be my birthday soon. Thank you Allah..
I love you all so much!
sekian~babai
I could not ask for more

4 yang telah respon:
tahniah...
selamat menempuhi alam pertunangan...
bila akadnya..?
semoga semua urusan berjalan dengan lancar.. ^_^
Miss Sunshine : thanx dear..insyaAllah tahun ni jugak...amin.. :)
congrat yana...teruskan bahagia....;)
Red : thanx beb!
Post a Comment