Tuesday, January 24, 2012

Sayang Anak Marah Cikgu???

Assalamualaikum! 
Selamat sejahtera, selamat tahun baru cina.. 
Anak-anak kecik mesti berjimba-jimba, melompat-lompat sebab dapat banyak angpau kan?

**Warning : entry ini adalah panjang lebar, dan bakal menyentuh tentang prinsip kehidupan. Jika anda seorang yang sensitif dan mudah tersentuh, anda dinasihatkan meninggalkan laman ini SEGERA! 


ini dari sudut pandangan seorang aku (read : cikgu baru setahun jagung - padahal 7 feb ni baru cukup setahun service dengan gov). Aku tak tau apa yang jadi kat sekolah-sekolah lain, tapi apa yang aku pasti, mesti wujud jugak masalah macam ni, kalau tak, takkan ada cikgu yang kena saman kan? 


Aku tak pernah nafikan yang ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak even aku tak dak anak lagi. Hanya tafsiran terbaik itu saja yang berbeza mengikut kepala mak bapak yang ada. Kalau mak bapak yang jiwanya berseni, mesti nak jadikan seni sebagai medium terbaik untuk anak-anak, hantar anak-anak pergi kelas lukisan, kelas main piano, main gitar and so on. Macam tu jugak kalau mak bapak yang berjiwa sukan, anak-anak akan dihantar ke kelas renang, kelas memanah and so on. (ni dah nampak ciri-ciri aku la ni..hohooh). 

Point kedua aku, mana ada dalam dunia ni mak bapak yang sanggup dengar anak dia kena ejek or diumpat orang? Sebab bagi mak bapak "kalau anak aku tak menjadi maksudnya akulah yang gagal". (ini pulak ayat yang selalu umi abah aku sebut setiap kali tacing dengan perangai kami adik beradik). Aku bagi contoh abah aku je la ye.. senang! Nanti takkan ada pihak yang nak sentap menyentap. 


Abah aku ni garang orangnya. Tobat garang! Sumpah aku tak tipu! 
Nak dijadikan cerita abah aku yang tak boleh dengar orang cakap buruk pasal aku ni, kesnya masa aku umur 5 tahun. Belakang rumah lama aku ni ada longkang  kecik yang mengalirkan sisa-sisa buangan. So, satu hari abah aku keluar, and aku pulak masa tu dah siap mandi. Pakai baju tidur comel-comel letak bedak siap. Nak ditakdirkan kawan lelaki aku yang selalu main tembak-tembak kat kampung dulu panggil aku, nak tunjukkan apa jadahnya entah dalam longkang tu, and aku pun keluarlah nak tengok. Duduk mencangkung tepi longkang tu. Punya ralit dok tengok sampai aku tak sedar yang abah aku dah balik. Tiba-tiba aku dengar suara abah aku dah macam guruh punya kuat semakin dekat dengan tempat aku mencangkung tu and kat tangan abah aku ada tali pinggang. Ahhh sudaahhh!! Memang kat situ jugak aku kena bantai. Berbirat! Sambil tu aku dengar ayat abah aku "abah tak dan sampai rumah lagi, dah ada orang habaq kakak mai ayaq acaq kat longkang! Kotoq paham tak????" Abah aku ni pulak jenis pukul bukan sikit2, dia bawak aku masuk bilik mandi, dia mandikan aku dengan baju-baju tidur tu jugak. 

Sapa yang selamatkan aku?? 
Kebetulan arwah wan ada kat rumah masa tu, arwahlah yang selamatkan aku, lapkan badan aku, sapu minyak sambil teresak-esak. 


Cerita ni aku bukan nak mentionkan yang abah aku ni tentera dalam mendidik aku, tapi aku nak mentionkan yang mak bapak takkan boleh tahan telinga kalau orang lain cerita pasal buruk anak dia. Tapi abah aku ni jenis bila orang cerita pasal buruk anak dia, memang siaplah kau kena makan rotan. Tak pernah lagi kalau ada orang mengadu pasal aku, pastu abah aku bertumbuk dengan si pengadu tu. (even dalam kes di atas, aku dikatakan main air longkang tu..padahal aku tak main pun!) 

Berbalik pada senario sekarang, bila cikgu-cikgu mengadu pada mak bapak perihal anak-anak dia dalam kelas, apa respon mak bapak tu? 

Tahun lepas masa aku jadi guru kelas Tahun 2. Masa perjumpaan waris, malam tu aku tak boleh tidur membayangkan apa akan jadi esoknya. Ada tak mak bapak yang nak serang aku? Macam mana aku nak susun ayat nak cakap pasal tingkah laku anak-anak diorang? Aku tak mau lah sampai menjatuhkan air muka pulak kan.. Tapi Allah Maha Adil, semua parents yang datang sangat sporting, dapat terima segalanya dengan hati yang terbuka. Siap pesan kat aku "cikgu buatlah macam mana pun, jangan patah rusuk, mati anak saya sudahlah". (ingatkan dah tak dak ayat camni yang keluar dari mulut parentsAda lagi sorang makcik ni siap pesan "cikgu kalau nak denda anak saya, cikgu guna getah, dia alergik dengan getah" . 

See! betapa mereka sporting dan terima kenyataan dan hakikat yang anak-anak ini perlu dididik dengan cara tersendiri. 


Tahun ni pulak, aku dapat kelas yang aku rasa mencabar kesabaran aku. Masa aku mengajar, dia main sapu tangan, main pembaris letak tengah-tengah antara 2 meja, pastu tarik kuat-kuat nak tengok hayunan pembaris tu, tenung gam yang mengalir macam nak tembus, macam-macam lagi lah kreativiti yang wujud. Sampai aku rasa aku nak sepak je sikit.  (read : sikit tu means tak lekat 5 jari okkk). Dalam pada aku dok memikir apa yang aku nak buat dengan budak ni, dah kecoh-kecoh dengar ada cikgu dapat phone call dari waris budak ni tanya apa yang cikgu dah buat sampai anak dia tak nak datang sekolah? 


See! Beza kan dengan kisah parents Tahun 2 aku tu? 
Pada aku, tak salah nak defend anak-anak, tapi defend pada benda yang betul. Kalau anak tu dah terang-terang buat salah, mak bapak still defend jugak, tak ke nanti akan jadi "Anakku Sazali"? Kita hidup ni tertakluk pada undang-undang dan norma persekitaran. Tugas kita sebagai orang yang lebih dewasa is bantu anak-anak kecik ni memahami undang-undang dan norma yang ada ini. Macam mana kau latih anak-anak kau solat 5 waktu, macam tu jugak kau kena latih anak-anak untuk terima undang-undang lain.

Let say anak kau tak bangun sembahyang subuh, apa kau nak cakap? 

"Takpe-takpe, esok pun boleh solat lagi" 

or 

"kalau kita bangun solat subuh, rezeki kita murah, kita takkan lambat ke sekolah, Allah pun sayang, esok anak ibu kena bangun tau" 


Aku kesian pada mereka-mereka yang menangkan anak-anak pada tempat yang salah. Yes! Betul, pada hakikatnya aku masih belum berkahwin, and belum punya anak. Belum tau pun susah senang nak mendidik anak. Tapi aku tetap boleh berfikir bila berkali-kali aku tengok cerita "Anakku Sazali" tu. 




ibu dan anak  




*nanti aku cerita lagi pasal macam mana abah umi aku pergi sekolah sebab nak tau perkembangan aku dalam pembelajaran. 






sekian~babai
I could not ask for more

2 comments:

ReDiculousLy said...

len kali kan ko rakam jek tabiat buruk anak dia tu pastu tunjuk kat parents dia baru la dorg sedar sket...huhu

p/s: kau pegang kelas tahun berapa tahun ni? aku rs mcm x larat jek nk pegang tahun 1 ni...xde sifat keibuan la....huhu

Illiana Hidayah said...

Red : menarik idea ko..pasni aku nak kene carik gajet untuk merakam lak..bukti paling kukuh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...