Sunday, January 8, 2012

Food Delivery~

Jumaat & Sabtu! 
Dua hari terpaksa menahan kesakitan maha dasyat.. terasa macam nak makan ubat tidur je pastu tidur sampai hilang rasa sakit ni.. 

Inilah "latihan" bagi seorang perempuan, sebelum merasai kesakitan melahirkan zuriat, rasalah dulu macam mana sakitnya period pain.. 

Fuh! bila  kaki mula lenguh, sejuk, perut tak payah cakaplah, rasa macam nak toreh pastu letak minyak panas segelen! 

Saat-saat macam ni, tiba-tiba aku nak sangat kalau area Gerik ni ada food delivery service.. aiyakk! beranganlah kau cik yana oiii... 

Lepas tu mula lah feeling-feeling rindu zaman kat kampus dulu, ramai yang boleh mintak tolong, hahah.. paling dekat jiran sebelah bilik lah, tak pun enchek kumbang larangan, takpun cik skuter merah.. hahha.. kalau dah diorang semua tak de, paling senang call la mcD! pastu boleh melantak puas-puas! 




aku cilok dari sini

* happy birthday adik bujang kakak! be a soleh son to umi abah, a gud brother to adik-adik, a gud hubby?? jangan ngada! belajaq bagi habes dulu..carik keja dulu!
**tiba-tiba rasa nak makan chicken proseperity! ouchhh!!!


sekian~babai
I could not ask for more

1 comment:

Ila Aqilah said...

teruk tu kak yana..huhu..
bertungku lah kurangkan sakit sikit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...