Thursday, January 12, 2012

Best Teacher Teach From Heart

tadi cikgu lama aku masa sekolah cina pop up kat chat fb. 
saja bertanya khabar, and maklumkan yang beliau dah pun bertukar sekolah ke Kuala Ketil. 
tiba-tiba dalam perbualan tu, ada satu ayat yang sangat menyentuh kalbu. 

"saya masih simpan lagi surat-surat lama awak, yang awak kirimkan masa awak belajar di Alor Setar dulu" 
o em ji! speechless! 

macam nak menangis pun ya jugak.. 
cikgu ni kira macam ayah angkat aku la masa zaman-zaman aku sekolah cina dulu, beliau jadi guru kelas aku masa darjah 5 and 6. masa tu aku lah manusia yang paling lemah bahasa cina, so setiap hari akan jumpa beliau, buat latihan, buat karangan. sampai akhirnya berjaya jugak aku dapat 7A masa UPSR. 
kalau orang tanya, cikgu mana yang paling aku sayang, aku memang akan jawab Mr.Chang Poh Woon ni. 

Sumpah! He's the best ever after. 
aku ingat lagi, masa dapat saja result UPSR, senyum dia meleret-leret! siap give me five lagi ngan aku. sampaikan masa tu aku meraung-raung tak mau sambung sekolah menengah kat Alor Setar, sebab aku nak amik paper Mandrin lagi masa PMR. 

tapi tak leh jadi anak derhaka kan, masa aku masuk sekolah kat Alor Setar, aku keep update him pasal hidup aku, sampai satu ketika aku rasa aku dah makin lupa nak tulis dah, so aku stop hantar surat kat cikgu ni. 

masa kat maktab, ada praktikel kat sekolah seminggu, so aku pilih untuk balik ke sekolah cina aku ni, and masa jumpa cikgu ni, beliau keluarkan surat-surat aku and tanya "kenapa stop hantar berita?" 
oucchhh!!! kau rasa tak perasaan tu? 




aku dah translatekan kat korang, jangan bimbang..muehehhe..
betul la kata orang, best teacher teach from the heart.
so, aku dah set dalam mind aku, aku nak anak-anak murid aku rasa keindahan "kasih sayang" seorang cikgu macam mana yang aku rasa dulu. sebab tu aku dah tak rasa terkilan biarpun aku tak pegang gaji berjuta-juta, tanpa pangkat..


谢谢您曾老师!
*mode : sayu + sebak!


sekian~babai
I could not ask for more

3 comments:

ReDiculousLy said...

betul betul betul....walaupun gaji x banyak pn still rasa puas kalau tgk result murid yg best...rasa berbaloi jek...

Miss Aizamia said...

owh. rase sgt trsentuh bce entry ni. aku plak tetibe rase sedih. hehe

Illiana Hidayah said...

Red : yep..nak kaya jangan jadi cikgu..hehehe...

Miss Aizamia : wahh! terharu! ade yang memahami..heehhe..makasih zam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...