Tuesday, December 27, 2011

Review Percutian Langkawi~Part II

Assalamualaikum! 
Hahaha..kembali menghapdate entry yang dah berkurun lama di pohon cemara~
Sebelum ni saya pernah review percutian saya ke Langkawi part 1,  click sini  untuk maklumat lanjut ye. 

Hari terakhir kat Langkawi boleh dihabiskan di Underwater World. Actually saya dah banyak kali masuk, tapi since masa tu cuaca teramatlah panas, maka join jugaklah kan berjalan-jalan di bawah bumbung. 

Mari layan gambar! 




aku tak tau apa nama burung ni, tapi aku snap sebab di sudut ni semua burung-burung ni mampu berdiri dengan satu kaki. cuba kau try berdiri satu kaki?

Ni lagi sekor burung yang berdiri satu kaki. Amacam? Ada bran nak challenge?? 


Part yang best bila masuk underwater world ni is tengok penguin! Memang kebetulan masa ni time crew dia bagi makan penguin, apa lagi memang banyaaakkk lah penguin-penguin yang akan menayangkan aksi-aksi cilik yang comel. (sesuai ke istilah cilik?? hohohoh)



aha..aku lupa nak cakap, yang aku masuk underwater world ni ada discount. Sebab apa???? sebab aku government servant! ahahah.. kalau korang ni cikgu, korang masuklah NUTP, then korang akan dapat kad ahli, so tunjukkan kad NUTP tu, and korang akan dapat less. Tapi kad tu hanya limit untuk pembelian 2 tiket sahaja..

Bila aku tengok balik ikan-ikan ni, aku yang kena senget-sengetkan kepala. Tapi gambar ni sebenarnya dah betul rotation, tak pecaya, tengok gambar budak perempuan kat hujung sudut kiri.


Penguin yang sekor ni fotogenik! Sebabnya sahabat-sahabat seangkatan dia yang lain berpusu-pusu nak amik makanan dari crew underwaterworld, tapi dia, terkedek-kedek datang, tunggu semua tourist snap gambar.. cerdik! minum susu apa ek?


And yang ini adalah memerang. Pun cerdik! 


Kalau pergi tempat-tempat macam ni, satu je yang aku terfikir, binatang pun kalau dilatih dengan baik, boleh dengar cakap tuan dia, kenapalah manusia ni susah nak follow routine yang setiap hari dia buat? Pelik kan? Sebab tu adanya cikgu, melatih routine yang positif di samping mendidik.


Okk, tu je tazkirah aku untuk hari ni..muahahha!
Sekarang aku dah mula terfikir, nanti aku nak berhoney-bulan di mana ek?? (ohhhh...galakkk sudaaahhh)


Sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...