Friday, December 16, 2011

Hebat Penyangak Zaman Sekarang!

Assalamualaikum! 
Hello people! 

gian okk! gian! 
lama gilosss tak update since lappy hilang! 
yes! LAPPY HILANG!


kejadian jadi hujung bulan November, ye sayangku...saya baru berkesempatan nak menghapdate lepas dapat lappy baru! muahaha! 
bulan lepas agak chaos hidup saya sebab tiba-tiba tengah jadi pengawas peksa SPM, kena panggil buat data SEGAK Negeri Perak (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan), selang beberapa hari kena panggil buat item pentaksiran dengan Lembaga Peperiksaan pulak! see!! siapa cakap cikgu banyak cuti???? (okk, jangan emo!)


masa tu turun dari Jetty Marina around 2.15pm, kereta Mr.Illiana selamat di parking area Marina Jetty. Lega! sebelum nak ke mana-mana, haruslah bersantap Secret Recipe dulu, dah lama gilaaa tak makan SR since posting kat ceruk ulu ni..wohohohoho.. dah lepas bersantap, terfikir nak pergi Tesco Manjung (tempah bala!) 


So, bila dah sampai Tesco, 3.30pm sharp! lokasi lappy, bawah carpet seat sebelah driver, luggage dalam bonet kereta, saya punya tabiat, sebelum nak melangkah, saya akan tekan alarm kereta tu dulu, sebab ade sesetengah orang dah jalan ke depan baru nak tekan alarm tu, pastu gerak 3 4 langkah, kau tanya "eh..aku kunci kete tak ek?" dah masuk Tesco, pusing sana sini, dalam 4.45pm turun bawah, sampai kat kereta, tekan alarm. 


eh??? kenapa alarm ni tak bunyik?? 
langkah sikit kat depan.. eh??? apesal sume pintu tak kunci??? 
bukak pintu, masuk, letak segala barang..
eh..mana beg reebok??? 
bukak bonet..
eh?? mana luggage??? 


sekali lagi, masuk dalam kereta, bertenang! 
otak dah boleh function : LAPPY HILANG!!!!!


keluar dari kereta, tengok ada one ladies ni tengah kecoh-kecoh dengan sorang brader security. 
"bang, kereta saya kena pecah ni..semua barang saya hilang" 


brader ni pun cepat-cepatlah roger dengan walkie talkie dia mintak segala mak nenek bapak angkat supervisor turun ke basement punya parking. 
rupanya, termasuk kereta saya ada 3 kereta yang kena broke in that day. 1 saga fl (kereta saya la tu - kereta pinjam), 1 citra, 1 kancil. hebat! tahniah wahai penyagak! 


kakak yang kereta kancil ni kecoh-kecoh sebab tiba-tiba kereta dia penuh dengan luggage, plastics yang macam-macam, padahal dia baru lepas shopping! kelakar kan? ingat tesco tibe-tibe bagi servis campak-campak barang dalam kereta ke!??? yang pakcik kereta citra ni pulak cool je eventho cermin kereta dia dah dipecahkan (bukan istilah pecahla, sebab cermin tu dipotong dengan sangat cantik! berseni kata orang!), yang saya pulak tiba-tiba blank! blur! ajaibnya saya tak nangis okk!! bajet kental! 


dah kecoh-kecoh segala sarjan, polis, konstabel sume datang, boleh pulak pakcik sarjan ni sound 
"cik, len kali cik tak boleh tinggal laptop dalam kereta, cik dah tau modus operandi dia nak amik laptop, cik kena bawak kemana cik nak pegi" 


boleh????? 
pakcik sarjan, kalau saya tau laptop saya ni nak hilang, baiklah saya tak payah datang tesco! 


yang lagi best sorang pekerja tesco yang pakai tie dengan smartnya.. bila orang tanya "sini tak ada cctv ke?" (ni pun soalan yang sama saya tanya pada brader security masa mula-mula saya jumpa) 


"cctv ada dekat hujung je, tak boleh nak zoom, tak pe, kami pun akan buat laporan jugak, supaya bila ada lebih 100 kes macam ni kami akan pasang cctv dengan kuantiti yang lebih banyak, kes itu hari pun jadi kat sini la" (sambil tunjuk parking belakang kereta saya.)


what the hell?????? 
100 lebih kes baru kau nak pasang lebih banyak cctv??
pleasela..! 


maka, setelah dicongak congek, barang-barang yang hilang are : 
LAPPY! BAJU KEBAYA! SPEK WITH KOTAK YANG ADA BROOCH and cincin Mr.Illiana bagi, IRON, CHARGER NOKIA AND CAMERA SAMSUNG, PANTYLINER!!! 


syabas kepada team penyangak! sebab dalam masa tak sampai 2 jam, kau berjaya broke in 3 cars and sempat jugak mem"faraid"kan harta benda yang ada dalam tu. haihlah penyangak, kot ye pun kau berkenan ngan baju kebaya aku or kau masa tu mengalami keputihan melampau sampai kau kena amik pantyliner, cuba kau cakap...aku boleh je sedekahkan baju kebaya aku tu dengan pantyliner, pahala pun aku dapat! ni tak pasal-pasal aku pun dapat dosa sebab memaki kau! semoga kau sempat bertaubat sebelum kau mati digilis treller! sekian-ikhlas daripada tuan barang yang kau curik! 





ni laporan polis yang saya buat! dah siap print, masuk kereta baru saya pasan yang polis tu tulis jantina saya  LELAKI! adoiii!!! buat keje....! 

ni la citra yang kena pecah cermin dengan cantik.. see! kecoh kan?

ni la bateri kereta yang kena curik, no wonder la alarm tak bunyik! serious hebat diorang ni! gua tabik lu derr!!!

ni baju kebaya merah yang baru pakai 2x, kena curik jugak! kau ni jantan ke betina??? size kau sama macam aku ek?

sebelum kejadian, beg reebok dalam kenangan! 

moral of the story : pasni mane saja kau pergi tolonglah usung lappy kau..jangan pecaya cakap-cakap orang yang cakap kalau kita tinggal lappy and cabut bateri, lappy kau boleh selamat.. jawapannye TAK! sebab device yang diorang guna untuk detect tu bukan untuk detect bateri lappy kau tapi detect mother board kau, maka, sila waspada! besides that, kau takkan kena marah dengan sarjan tibe-tibe, and tibe-tibe jugak jantina kau bertukar lelaki or perempuan! ok? 



sekian~babai
I could not ask for more

4 comments:

Cik Shiqa said...

yoo.. hebad betul... adeii lepas ni x boleh nk tinggal brg2 lg kat kreta.. sayang owh barang hilang, apatah lagi klau tingkp kene pecah, sekali dgn kete kita kena bawak lari.

Illiana Hidayah said...

Cik Shiqa : yeahh dear...sangat hebat!

ReDiculousLy said...

sabar bebanyak ek yana....smoga si penyangak tu dpt balasan...da beli laptop baru??? brand apa? aku pn nk cari laptop baru ni...skrin pecah...huhu

Illiana Hidayah said...

Red : tula..semoga penyangak tu dapat balasan setimpal..kene buat semua dari awal balik la.byk doc keje dlm tu..aku beli samsung..camne lappy ko leh pecah ek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...