Tuesday, November 22, 2011

Gelora Bung Karno Silau Dengan Emas Bola Sepak Malaysia



ok2..saya tau mesti semua status kat fesbuk, semua entry just berkisarkan pasal bola sepak! woahhh!!! 
apa pun, tahniah buat wira-wira negara, coach Ong Kim Swee yang hebat dalam setiap peraturan and semangat yang ditiupkan buat semua pemain. 

serious gua cakap lu... macam nak tercabut jantung dowhhh! dari 90mins, masuk masa tambahan, masuk pulak penalti! adehhh! bukan senang nak beraksi di depan ribuan peminat di tempat lawan, dengan sorakan yang gegak gempita, hanya fokus dan ketenangan saja yang boleh beat sorakan tu. 

apa pun, saya nak cakap saya TABIK SPRINGGGGG kat Baddrol Bakhtiar, dari semua game yang saya tengok (tak pernah miss okkkk), bila kena tekel dengan pihak lawan, nampaklah "sakit" yang dia alami tu, tapi dia akan bangun dengan pantas dan cepat. sama jugak kalau pihak lawan yang jatuh or injured, dia dulu yang sampai nak bantu pihak lawan, hulur tangan paut pihak lawan bangun. semangat kesukanan macam ni yang kita perlu untuk naikkan  imej sukan negara. kalah menang tu adat, tapi sikap tu yang orang akan ingat and cakap sampai bila-bila. 


Tahniah Baddrol Bakhtiar! Tahniah coach Ong Kim Swee, Tahniah Apek, Tahniah semua pemain, kalian buatkan Gelora Bung Karno terdiam! 






2-2 gambar ni saya amik dari fesbuk Harimau Malaya & google.com


*tak mau cakap pasal Fakri Sharani, banyak faktor yang menyumbang performance dia camtu.. 


**kadang-kadang kita dinamakan serumpun, namun kita belum faham istilah MENGHORMATI, belajarlah MENGHORMATI jika mahu DIHORMATI




sekian~babai
I could not ask for more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...