Thursday, September 1, 2011

Terima Kasih Sebab Malukan Aku!

kau hebat!
bukan sekadar petah berbicara..
juga hebat bersandiwara!
anugerah Allah untuk manusia hebat seperti kau!
tapi kau lupa!
di sebalik kehebatan kau..
terselit ujian yang maha dasyat untuk kau..
untuk melihat sejauh mana syukurnya kau buat DIA..

kau mentertawakan kami..
kononnya berhutang material juga budi..
namun kau sendiri yang alpa..
bahawa siapa sebenarnya menumpang..
siapa sebenarnya berhutang!

ahhh!
mana mungkin benar kata2 seorang kerani cabuk!
mana mungkin benar kata2 seorang pakcik yang hidupnya diabadikan di kampung!
kau hebat!
sebuah nombor kereta kau mampu mencecah ribuan ringgit Malaysia!

iyaaa..!
kau memang hebat!
pulang menjengah dengan kereta mewah..
pulang menjengah dengan persalinan mewah..
ahhh...!
mana mungkin kau percaya..
kata2 mereka yang hidup membanting tulang empat kerat?
kata2 mereka yang hidup umpama ayam!
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?

kau hebat!
kehebatan yang kau canangkan seantero dunia!
membuktikan mereka kerdil.!
menumpang di satu sudut dunia!
dalam kehebatan kau..
kau lupa!
bahawa mereka yang kau cerca juga turut punya maruah!
punya emosi!
punya perasaan!
ahhh!
mana mungkin kau perasankan itu semua!
kerana bagi kau..
hanya orang hebat saja yang punya maruah juga perasaan!
dan bagi kau..
persetankan mereka semua!
kerana mereka hanya..
sebuah keluarga di pinggir desa!


*ini perasaan saya sekarang!
MALU! MARAH! BENCI! dan NAK MAKI!

sekian~babai
I could not ask for more

4 comments:

puteri ain said...

sabar2 . chill :)

Illiana Hidayah said...

puteri ain : ahahha...dh ok dah... :)

AmOy zEt said...

laaaaa...nape nih yang??

Illiana Hidayah said...

amoy : ade org gila xsedar diri..bajet best nak mampos..~!huh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...