Sunday, September 11, 2011

Star Cruise Di Kampung~!

Assalamualaikum!
masih dalam mode syawal kan?
maka makanan pun still ada variasi la kan? menanti nak masuk dalam perut kan?

kali ni saya nak hapdate pasal makanan + tempat nak melepak!
kejadian ini berlaku pada hari sabtu yang lepas..family day sekolah umi saya.. last week dah plan baeeekkk punya dengan umi, tiba2 ada pulak plan last minute kat sekolah, macam biasalah dah nama pun cikgu pj kan, maka haruslah asyik ber'erobik'! padahal saya pacakkkk je segala step bagai tu..! muahaha! dah habes melompat2 kat sekolah, terus pecut pulang ke rumah! ohh! indaaahhh!!!

family day sekolah umi ni buat kat Puncak Beris, Sik Kedah. ini memang port wajiblah bagi sekolah2 yang nak jimat kos sebabnya venue ni sangat best, masih terpelihara kehijauannya.. ewahhh!!! mengampu tempat sendiri nih...hehehhe

ni banner yang simple but nice!
pagi ni hujan renyai2 skit, tapi lepas tu cuaca memang baiklah untuk event family day..

sampai2 tu dah ada nasik lemak tunggu dah..apa lagi, perut ni memang sengaja dikosongkan since umi kata umi bayar mahal untuk makanan kan.. hahhaa.. nasik lemak pagi tu memang superb! sambal sedap, nasik lemak yang cukup lemak, pendek kata memang sedaapp sampai umi dengan adik saya tambah 2 pinggan!

dah habis makan, barulah start sukaneka bagai, masa sukaneka tu barulah saya perasan yang anak-anak colleagues umi semuanya dalam linkungan umur 5-10 tahun, maka terkapai2 la saya kebosanan..tiba2 terasa macam "ohhh....dah besar rupenya saya ni..." ahahhaa...

okk, kat Puncak Beris ni ada beberapa servis like Star Cruise - if I'm not mistaken RM10 per person. korang akan dibawak round tasik ni sambil menjamu mata dengan pokok2 hijau. ok, itu dia saya dah snap fone number sekali, sila lah kontek tuan punya tempat ni nama Cikgu Rashid.

si kenit ni tengah tengok burung ape ntah warna biru..pastu dia meronta2 nak main air pulakkk..

selain dari Star Cruise tu, ada jugak kayak, same price RM10 per person, korang kayaklah sampai sejam! nak pegi mana suka ati korang, tapi safety 1st okk! ni gambar adik bujang saya, mula2 dia datang ajak saya naik kayak dengan dia, saya pulak tak bawak seluar nak salin, tiba2 dia hilang and dah ada atas kayak dah..

okk.. ni salah 1 acara sukaneka, lastik botol sampai botol tu terjatuh.. my mom dapat 2nd place! ahahha..oklah tu, time2 ni lah kan cikgu2 nak gelak kuat-kuat, pastu melompat2 macam budak2, kalau kat sekolah asyik tensen dengan tugas2 yang semakin hari semakin banyak..

apa pun well done team SMKC!
makanan tu memang sedaaappp!!! sampaikan today and tomorrow kena puasa! hahaha.. kalau tak senak usus saya! hehehe..

sekian~babai
I could not ask for more

2 comments:

cryclown said...

or sukaneka dulu baru mkn..dah berat perut cmne nak lari..hahaha

Illiana Hidayah said...

hahahha...aku xkesah pon..sbb aku xamik port...aku g makan jek! hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...