Thursday, September 22, 2011

Girls/Ladies : Korang Dalam Comfort Zone Ke??

Hello peeps!

1 soalan untuk ladies outside there : korang rasa kedudukan korang di sisi boypren/tunang/hubby korang tu di tempat yang kukuh tak?selamat tak?

cepu cemass kan?? ahaha!
actually saya ni bukanlah nak mengapi-apikan sesiapa, but then masa tengah borak dengan member-member tadi terkeluar bab topic lelaki yang tergugat iman bila ladies di sisi dia dah berubah jugak..

mesti korang akan tanya, "perubahan macam mana?"

perubahan dari segi fizikal

macam yang kita semua tau, ladies ni adalah makhluk tuhan yang sangat mudah berubah dari segi tubuh badan, nak-nak lepas bersalin, ada setengah yang boleh maintain, ada yang badan naik kaw-kaw punya (no offense okk! benda ni realiti), jawapan dari sang adam "kalau kau happy pun yana, badan kau kena jaga jugak, jangan naik sangat, tergugat jugak laki kau dengan keindahan kat luar sana"
saya tak marah pada respon ni sebab saya tau lelaki memang suka pada kecantikan! kalau tak takkanlah ada lelaki yang sanggup ceraikan wife yang pakai tudung semata-mata nak kawen dengan pompuan yang sexy mexy ye tak?

too much

ni still bab penampilan, sometimes kan ladies ni sangat terujaaaa nak follow the latest fashion sampai tak sedar yang dia dah pun jadi mangsa fashion, (sorry to say la ek), kalau kau tanya guys outside there antara ladies yang tempek bedak sampai lapanblas inchi dengan gadis yang natural beauty, mana satu dia nak.. dia akan jawab "of course la natural beauty, aku nak cium pipi gebu dia, bukan bedak dia" , so ladies, watch out! biar simple but nice okk~ jangan pulak sampai kau tak make up langsung, pucat semacam je pulakk!

heboh

bab ni saya tak nafikan sebab saya sendiri pun pernah buat benda ni.. ladies ni kalau dia sedih, happy or frust, dia perlukan medium untuk meluahkan rasa dia..and medium-medium itu adalah fesbuk, twitter, blog bagai.. let say kalau baru dapat kad birthday, seantero donia dia nak khabarkan! "syukeeenyeee, b hantar kad birthday bunge-bunge!"
kalau gaduh pulak akan terbitlah ayat jiwang "mengapakah kau lukakan hatiku di saat perasaanku padamu menggebu?" (ewahhh! laju je type ayat jiwang ni kann?? muahaha), kemon girls, kaum adam sangat alergik bab-bab ni, bagi diorang bab hati adalah benda privasi, that why kalau dia gaduh ngan korang dia buat donno je ngan korang, siap boleh lepak mamak tengok bola lagi!

kalau nak cerita jenuh sampai esok pagi pun belum tentu habis. and saya tak nafikan yang setengah ladies akan jumpa pe'el lelaki yang lain dari apa yang saya ceritakan ni, tapi boleh kira dengan jari la kan? so girls/ladies outside there, perasaan kita memang untuk dikongsikan, so, kongsilah dengan seberhemah yang mungkin.

semoga kebahagiaan itu sentiasa menjadi milik mereka yang ikhlas dalam perhubungan~!

sekian~babai
I could not ask for more

8 comments:

Miss Sunshine said...

heboh..? hihi.. perempuan memang kecoh kan... hehe.. selalu kalau gembira je suke kecoh2, kalau bab sedih2 pasal si dia, diam2 je.. cuma kongsi dgn kawan2 rapat je.. hihi

Illiana Hidayah said...

hahah...bukan kecoh..dah dijadikan tuhan pmpn ni jenis yg perlu share perasaan dia..itulah jadinya..hehhehe

Miss Ayue said...

somellll je entri ni. suka pesanan penaja yg akhir sekali tu. :)

ReDiculousLy said...

sbb aku xde pasangan so aku xde la terasa tergugat ke, apa ke...hehe

sbnrnya nak jaga hati org ni bukannya sng...kalo lelaki tu nk berubah, kita wt cmne pn, hati dia akan berubah gak...kalo kita bergaya dia kata too much, kalo kita sederhana je, dia kata plain...dia rasa sume tu sbb perasaan dia bkn pada kita da...so just be urself...kalo dia ikhlas, perasaan dia xkan brubah...

well, pendapat ni bukan berdasarkan experience...hehe...tp berdasarkan pemerhatian...

Illiana Hidayah said...

Ayue : hehehe...itu pesanan utk semua tau.. :)

REd : yep..aku paham maksd ko tu, sbb aku pnh rasa..hahahha

rozeeta rashid said...

haha. agree sangat part make up tebal tuh.

AmOy zEt said...

nice entry dear,,
setakat nih sume dr ujung rambut till ujung kaki,,myApeq is ok jer,,just mymom je bising2,,lagi2 lau badan naek sikit,,,tapi perempuan nih sentiasa nak nmpk cantek jer,,hihihi..yang penting boy kita cakap ok da lah,,yg penting dia ikhlas dgn kita bkn sebab luaran jer,,tapi sbgi wanita kita kene jaga sume tuh sama seiring,,,bab heboh tuh,,almaklumlah perempuankan,,memang suke heboh2,,tak kira hapy or sedey,,tapi lao bab sedeh nih,,amoy lagi suker diam2 sendiri or luahkan kat myfren,,

semoga kebahagiaan itu sentiasa mengiringi setiap pasangan yang ada dalam dunia nih,,

Illiana Hidayah said...

rozeeta : hahaha...just be simple tp jgn smp xmake up lgsg lak..

amoy : hehehe...saje je sebagai panduan..utk semua jugak kan? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...