Sunday, August 7, 2011

Resipi Pasta Mudah!

Assalamualaikum!
indah rasa bila "berjaya" balik rumah abah umi.. heheh..
sampai2 saja langkah kaki kat rumah, rasa segala beban yang ditanggung seakan-akan lenyap! wahhh!!! hiperbola gilosss! itulah penangan rumahku syurgaku..~hehehhe...

dah bila lama sangat tak balik (padahal baru 3 minggu, dulu berbulan tak balik), selongkarlah lemari ajaib umi, tiba2 ternampak ada pasta yang umi baru beli..apa lagi... mari buat pasta!

bahan-bahan yang diperlukan ialah :
bawang putih (dalam 10-15biji..kalau nak buat banyak, tambahkan kuantiti) dimayang halus
cili padi @ cabai melaka (10-15 biji - kalau nak pedas tambah lagi) dimayang halus
isi ayam - dihiris halus-halus
cendawan butang (kalau yang tak makan cendawan, tak payah letak)
lada putih
mayonis
garam (secukup rasa)
minyak jagung @ planta
air - secawan
pasta

cara-caranya :
tumiskan bawang putih dan cili padi tu dengan minyak jagung atau planta..
masukkan isi ayam, sampai ayam tu ada potensi nak masak.
bila dah nampak kuning-kuning isi ayam tu masukkan mayonis ikutlah sebanyak mana yang korang nak..
masukkan secawan air untuk elakkan mayonis tadi terlalu likat.. (korang boleh tambah lagi air kalau masih nampak kelikatannya)
then masukkan garam, lada putih secukup rasa..
janganlah dilupa untuk rebus korang punya pasta ek..
maka, apabila semua dah selesai..
sedia dihidangkan!



ni contoh isi ayam..

ok, ni contoh bawang putih dengan cili padi yang dimayang halus..

ni bila dah tambah ayam..ayam ni dh ok untuk diletakkan mayonis ye puan-puan.. heheh
aiseh..cane leh lupa nak snap gambar kuah mayonis ni.. ni semua sebab terlalu nak cepat sebab sang kenit nak meronta-ronta nak pegi bazar.. heheh...


okkk... ini tak boleh tinggal..
inilah hasilnya.. kuah yang warna putih okk.. hehehe..
selamat mencuba!
kalau tak jadi sila contact saya..wakakka!

sekian~babai
I could not ask for more

5 comments:

adah syuhadah said...

wah ! sedap nya. t nak try la.
selalu wat yg warna merah :)

Illiana Hidayah said...

adah syuhadah : ha'ah...slalu kan yg prego..ni tryla mayo lak...leh rasa ala2 cobonara~!hehehe

cryclown said...

megi kari lagi sedap.. lagi2 tang tangahari gini..hahah

Illiana Hidayah said...

hahaha..megi kari?? tapi aku puasa!

Anonymous said...

Hihi sy cmpur dgn keju & herba pergo boleh thn gak hihi :-P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...